Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, November 23, 2010

Asam Laksa

Assalamualaikum..brtmu skli lgi dipnghjung pgi hri rabu ni..sni msih pgi lgi..dh ada yg mula tarik bantal ke tu..al maklum la perut dh berisi..ptg2 mcm ni bleh lelapkan mata skojap pun jdi la kan..ni mnu tghri klmarin..sblum rosak bnga kntan dan daun ksum yg dibawa tu..cpat2 la kita buat laksa ni..asam laksa ke..laksa penang ke..xkisah la ye tang nama tu..kita pun main hentam je..tpi nk thu jgk apa beza kdua2 laksa ni ye..kat SINI pun ada yg buat sblum ni..

laksa2 ni memang pbret suami kita..kita mkn buat syarat je..

Asam Laksa
Bahan-bahan

  • 1 bungkus laksa - rendam dulu 10 min dan rebus sehingga lembut, toskan (maz guna brand twinty) - jgn guna brand IKA, laksanya kurang elok dan kena rebus berjam-jam
  • 5 ekor ikan sardin saiz sederhana - cuci bersih-bersih
  • 1 tin kecil sardin - buang sosnya
  • 3-4 ulas bawang merah
  • sedikit belacan
  • 1 senduk cili mesin @ 4-5 sudu besar (cili kering direbus dulu dan dibland)
  • 2-3 kuntum bunga kantan - dibelah
  • 1 ikat kecik daun kesum - amik bahagian yang lembut je
  • garam, gula dan pak aji - sebagai perasa
  • 3-4 keping asam keping
  • 3-4 cawan air
  • 4 biji telur rebus
  • 1 labu bawang besar - hiris nipis-nipis
  • 2 batang timun - dihiris nipis ( maz guna timun jepun yang hijau tu)
  • 3 biji cili merah @ cili padi - dipotong nipis-nipis

Cara-cara

1. Masukkan ikan yang telah dicuci bersih tadi ke dalam periuk, rebus bersama 1 cawan air, 3 keping asam keping, 1 sudu besar gula, 1/2 sudu kecil garam, sedikit pak aji dan sedikit nesan sebesar ibu kaki (gula melaka). Rebus sampai ikan masak, sejukkan dulu dan bolehkan dibuang tulangnya. Air rebusan ikan ni jangan dibuang, simpan. Ketepikan

2. Bland ikan rebus yang telah dibuang tulang tadi bersama dengan 1 cawan air, ikan sardin, bawang merah dan belacan sampai hancur .

3. Dalam periuk masukkan bahan yang telah dibland tadi, asam keping, bunga kantan, daun kesum dan air rebusan ikan tadi serta 3-4 cawan air lagi. Masak sampai mendidih. Kemudian masukkan garam, gula, pak aji dan perasakan secukup rasa. Biar ada rasa masam yang sedikit menyerlah dan rasa masin yang seimbang dengan rasa manis. Masak dengan api perlahan buat seketika lagi agar kuah menjadi sedikit pekat. Padamkan api.

4. Masukkan laksa dalam mangkuk dan boleh lah dihidang bersama dengan timun, telur rebus, bawang besar dan cili padi. Sedia untuk dinikmati..

4 comments:

  1. salam kak,
    amboi..sedapnya laksa...nak semangkuk.

    ReplyDelete
  2. nyum2..tuan rumah..
    suami dan emak kite pun suka makan asam laksa ...

    ReplyDelete
  3. salam maz ..... teruja tengok asam laksa tu petang2 ni ..... nak mintak sikit leh tak dengan resepi nyer sekali ......

    ReplyDelete
  4. peberet ni... maz brand Eka ke Ika..
    kalo brand eka tu saya dah tak beli lepas org kata kilang dia dekat dgn kandang b_b_ . Pehtu air dari kandang tu mengalir ke kilang Eka.. rasa gelilah pulak.. betul ke tak tak tahulah.. sekarang ni kalo beli cari yg keluaran bumiputera jer.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...