Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, November 19, 2010

Tomyam Santan

Assalamualaikum..waaa bru ada msa skit nk lepak kat sni..biasa la kan..klu cuti2 tu..xlekat kat umah..asik ke hulu ke hilir je kojenya..hehe..hri ni nga esk pun cti lgi kat sni..apa kbar smua..mcmana dgn rya thun ni..bnyk ke lombu2 yg tumbang..hehe..mgkin ada kwn2 yg msih kat kmpung lgi ye..tmbah plak dh cti skolah..lgi ler syok jejln..ni lauk kita 2 hri lepas..msa p psar hri tu ada bli udg 2kg..bsr2 jgk la..jdi kita proses buat tmyam sntan ni..suami kita suke sngat klu tmyam2 ni..sdppppp..rspinya senang je..sukatan tu kna agak2 la ye..kita xde sukat2 pun..main cmpak2 je..hehe..ok la insyaallah jmpa lgi..nk p msk utk bkpes..sni bru pkul 6 pgi skrang..hri ni pun nk smbung ronda2 lgi..


Tomyam SantanBahan-bahan
  • 10 ekor udang saiz besar @ apa-apa saiz - dibelah belakang dan buang urat hitamnya
  • 3 batang serai - dibelah
  • 1 inci lengkuas - dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar - dibelah 6
  • 1 biji tomato - dibelah 4
  • 2 sudu besar pes tomyam thai dlm botol tutup biru
  • 1 cawan santan
  • 2-3 cawan air
  • 4-5 helai daun limau purut
  • 5-6 biji cili padi - dipotong serong ( kalau suke pedas, letak lebih)
  • 1 biji cili merah - dipotong serong
  • segengam daun ketumbar
  • 1 biji limau nipis - amik jusnya (maz guna lemon)
  • sedikit gula, garam dan aji (jika suke) sebagai perasa
  • 2 sudu besar minyak masak - maz guna canoli oil
Cara :
1. Panaskan minyak dan masukkan serai, pes tomyam dan lengkuas. Tumis seketika.
2. Kemudian masukkan santan, kacau sebati. Masukkan air dan biar sehingga mendidih.
3. Masukkan daun limau purut, bawang, cili, daun ketumbar dan udang. Kacau sebati dan perasakan seenak rasa agar ada rasa masam yang menyerlah. Masak seketika lagi sehingga udang masak dalam 5-7 minit saja. Akhir sekali masukkan tomato dan padamkan api.
4. Sedia untuk dihidangkan. Hias dengan sedikit daun ketumbar.

4 comments:

  1. kak mazzzzzz.... sihat ke tu? nak buat gak nih..feberet tomyam santan cam ni..kalau letak isi kelapa muda..fuhh lagi sodap kan

    ReplyDelete
  2. x prnh pun masak tomyam santan. me ksh kak sbb share resepi nih.

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan...

    sedap nampak tomyam tu...

    ReplyDelete
  4. salam kak maz....buat pe tu....mas tak pernah buat lagi tomyam santan..nnti nk try gak la..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...