Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, March 10, 2015

Kari Kepala Ikan Ala India

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar'..bertemu skli lagi...klu xde idea nk masak apa nati...bleh la cuba kari tanpa santan ni...smjak kerap duk mkn kat kedai india ni...masak kat rumah pun dah terikut2 dgn gaya india...jdi suka plak dgn rempah2 ni...tekak ni bleh terima...sedapp masakannya...bleh kata tiap minggu mkn rti canai dgn kari kambing atau ayam sambal kat restoran tu...dri stu la maz cuba buat kari kepala ikan ni...india memang kuat guna rempah ratus deh...kari mereka xguna serbuk kari..tpi guna rempah sprti srbuk ketumbar, jintan, garam masala yg ditumis...garam masalah pun hasil dri campuran rempah2 ni...mcm biasa la, kepala ikan ni pun dah lama basi...terima kasih skli lagi pada yg sudi singgah dpur kecik maz ni...semoga ada yg dpt dimanaat bersama...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf  atas segala khilaf...

Kari Kepala Ikan Ala India by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ketul kepala ikan
  • 4-5 ulas bawang merah *
  • 1 inci halia *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 sudu kecil jintan manis (fennel) - tumbuk halus sikit
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 3 sudu besar serbuk kari ikan, bancuh dengan sedikit air - maz guna serbuk kari ikan faiza
  • 1 bijo tomato - dadu
  • 1 tangkai daun kari - ramas-ramas sikit
  • 1 sudu besar daun ketumbar cincang
  • 1 kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 3 bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 biji cili padi
  • sedikit nisan, garam dan gula secukup rasa
  • minyak sayur untuk menumis secukupnya
Cara

1. Cuci kepala ikan bersih-bersih dengan air asam jawa, toskan.
2. Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak secukupnya, masukkan halba campur, biar sekejap, kemudian masukkan bahan tumbuk, daun kari dan tumis biar wangi bersama rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga).
3. Masukkan serbuk kari, kacau sebati dan tumis biar pecah minyak dengan api perlahan. Masukkan buah tomato dan daun ketumbar, kacau sebati.
4. Tumis biar rempah masak dan pecah minyak sambil ditambah air sikit-sikit (3-4 sudu sekali masuk), ulang cara ni 2-3x, kemudian masukkan nisan.
5. Masukkan cili padi dan air (jangan banyak ye, dalam 1 cawan gitu ke), kemudian masukkan kepala ikan. Tutup periuk sekejap biar ikan masak dengan wap, kemudian balikkan kepala ikan perlahan-lahan. 
6. Perasa secukup rasa, masak sekejap lagi biar ikan masak dan mesra dengan kuah. Sedia untuk dihidang dengan nasi putih

memang terbabas hbis segala diet...terasa mcm mkn kat Penang lak...bau karinya tu lekat kuat sungguh kat tangan...suami lgi la...memang suka kari gini...siap ckp klu blik msia xcri dah kari kepala ikan...dh dpt mkn kat sni...sedappp sungguh katanya...

2 comments:

  1. resepi ala-ala india ni memang sesuai dengan tekak nana ..hihi

    ReplyDelete
  2. Nana pun sma la dgn kmaz...suka masakan mamak atau india ni...kat sni mudah nk dpt makan india ni...nasi kerala pun ada...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...