Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, February 4, 2016

Ayam Paprik Ala Kedai Tomyam

Assalamualaikum w.b.t 'Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardi wala fis sama' wa huwa sami'un alim' (Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), sama2 kita amal baca doa ni sblum kluar rumah atau setiap pagi dan ptg, semoga kita sentiasa dlm lindunganNya..
plannya nk update mlm tdi, pastu kluar bawa anak pergi health centre..otw blik menyinggah plak kat shaola restoran pekena mix grillnya yg sedap, smpai rmah malas doh la nk buka laptop..skli lgi menu kedai tomyam, lauk yg cepat dimasak sedap dimkn..sbnarnya terlalu kerap sangat duk buat paprik ni, afiq suka sangat..cuma biasanya duk buat cincai2 je, sayur pun kekadang tu xletak sbb anak xmkn..tu yg xsnap gmbar, ni pun sayur xckup jgk..main letak je apa stok yg ada..biasanya klu masakan gini sayur yg sedap jagung muda, kacang panjang dan bunga kobis la kan..pastu pasangannya telur dadar, ckup dh..Inysaa Allah sampai jumpa lagi, semoga Allah guide us to the straight path..maaf atas segala yg tidak sempurna..

masakan kedai tomyam ni mudah sangat je kan, kacau2 skjep je dh siap..maz memang suka la klu msak yg ringkas2 gini, pastu mkn sedap..

AYAM PAPRIK ALA KEDAI TOMYAM by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kecil isi ayam, hiris nipis - maz guna bahagian dada
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 2 batang serai - hiris serong
  • 3-4 helai daun limau purut
  • 2-3 sudu besar cili kisar - rebus cili kering, kisar
  • 1/4 @ secukupnya cawan sos cili + sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 labu bawang besar - hiris kasar (kalau boleh guna bawang besar holand, maz takde stok, guna bawang bomba je)
  • sayuran - maz guna lobak merah, bunga kobis, lada benggala, tomato, cili hijau/cili padi jika suka pedas @ boleh guna jagung muda, kacang panjang
  • sedikit garam, gula dan aji
  • minyak sayur/minyak masak secukupnya
Cara

1. Panaskan minyak dalam 3-4 sudu besar (kira padan dengan isi ayam la ye), masukkan ayam dan goreng hingga masak, dalam 4-5 minit gitu, angkat dan ketepikan.
2. Dengan kuali yang sama, panaskan sedikit minyak lagi untuk menumis, masukkan bawang putih dan tumis sekejap kemudian masukkan cili kisar, serai dan masak dengan api besar selama 5-6 saat sambil dikacau cepat-cepat, kecilkan api dan masukkan sedikit air serta lobak merah.
3. Masukkan semua jenis sos, semua sayuran lain, daun limau, sedikit bahan perasa dan ayam (tambah sedikit air lagi jika terlalu pekat).
4. Masak seketika lagi biar ayam sebati dengan bahan sos, sayur sedikit layu dan kuah jadi pekat, suaikan secukup rasa.
5. Tabur sedikit bawang goreng dan sedia dihidang bersama nasi putih.

klu xidea idea utk menu mlm nati, bleh la buat ayam paprik yg pasti jdi kegemaran anak2..kuahnya sedikit manis dan pedas, maz xmasuk tepung jagung sebab dh ckup pekat dgn sos saje..xsuka plak klu jenis pekat2 sangat tu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...