Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, February 9, 2016

Rendang Kerang (Mussel)

Assalamualaikum w.b.t 'Allahumma innii zhalamtu nafsii zhulman kat'siiran wala yagh'firudzunuu'ba illa anta, fagh'firlii maghfiratan min in'dika warhamnii innaka'an tal'ghafuur ru'rahim' (Ya Allah, aku melakukan kezaliman yang banyak atas diriku sendiri dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka berilah aku keampunan dari sisiMu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang), doa yang cukup indah yg diajar oleh Rasulullah saw kepada sahabat yg paling disayangi baginda, Sayyidina Abu Bakar As Siddeq R.A, sahabat yang telah dijanjikan syurga.
bertemu sekli lagi, awal plka bersiaran pgi ni..tpi banyk jgk keje duk menanti kat dpur tu, sbnarnya pestime buat rendang kerang ni rsanya.. ni pun sbb npak isi mussle kat Lulu, terus dtg ilham nk buat rendang mkn dgn nasi lemak..dri dlu kami suka mkn nasi lemak Pak Ayub kat seksyen 20 shah alam, suka lauk rendang daging dan kerangnya..rsa mcm kari pun ada, mcm rendang yg org jual kat pasar tani shah alam tu..kuahnya pekat mcm gulai kerutuk..jdi tu yg pepandai try buat ni..wpun xsesedap rendang Pak Ayub, kira bleh jgk la ni jdi penganti..sedap jgk dh, Inyaa Allah jumpa lagi..semoga Allah swt guide us to the straight path dan mohon maaf atas segala khilaf..

RENDANG KERANG (MUSSEL) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g isi kerang,  maz guna mussel yg seakan isi kerang
  • 1 cawan santan
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • 1/2 inci lengkuas *
  • 2 batang serai * - 1 batang kisar, 1 ketuk
  • 2 biji cili padi *
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1/2 sudu besar serbuk kari ayam/daging - bancuh dengan sedikit air
  • 1 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit - 1 helai hiris halus, 1 helai simpul
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 sudu besar minyak sayur/masak
  • sedikit nisan/gula melaka
  • garam, gula secukup rasa dan sedikit aji jika suka
Cara

1. Kisar lumat semua bahan bertanda * dengan sedikit air.
2. Dalam periuk panaskan 2 sudu besar minyak, tumis kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih,  kemudian masukkan serbuk kari dan tumis sekejap biar pecah minyak.
3. Masukkan bahan kisar, kerang dan semua bahan lain,  masak sambil dikacau sekali sekala hingga mendidih.
4. Perasa secukup rasa dan masak hingga kering.

ni ler rupenya isi mussule yg buat rendang tu, sbb seakan sama dgn isi kerang tu yg beli..adik beradik kerang jgk ni kan..tergolong dlm kumpulan mussel..

kerang pun skit bnar, 1 mangkuk ni je la semua..yg mkn pun maz dgn suami je, puas hati la layan dgn nasi lemak..tpi ni pun cerita yg dh lama basi la ye..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...