Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, February 12, 2016

Kerabu Daun Kangkung Thai Lagi

Assalamualaikum w.b.t 'Rabbana aatina min ladunka rahmatan wa hayyi' lana min amrina rashada' (Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami (Al-Kahfi - ayat 10), Ameen.
Alhamdulillah atas segala rahmatNya, dri pancake korea ke kerabu thailand la plak..sekli cuba pasti jatuh cintan dgn rasanya, daun kangkung yg digoreng ranggup dinimkati bersama sos manis yg ada isi ayam..yg buat sblum ni ada kat siniagak unik sikit kerabu ni..bkn seperti kerabu biasa, sejenis kudapan pembuka selera..nak buat pun xde susah mana, cuma utk sos tu kena guna thai palm sugar atau nisan putih thai yg maz duk guna utk buat somtam, kerabu mangga atau sos miang kham sblum ni..nisan tu klu kat sempadan kelantan thai ada jual, tpi kat sni sbb org thai ramai, ada jual kat asian store..selamat berhujung minggu, maaf atas kekurangan yg ada..Inysaa Allah jumpa lagi, may Allah guide us to the straight path..

keinginan nk buat kerabu ni dh lama pendam, sbb maz pernah mkn suatu masa lama dlu kat satu kedai dikampung pandan rasanya..ni cerita berbelas tahun yg lalu la, akhirnya ilham tu dtg jgk..Alhamdulillah semua dariNya..

KERABU DAUN KANGKUNG THAI LAGI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • daun kangkung secukupnya - cuci, toskan
  • 1/2 cawan tepung beras 
  • 1/4 cawan allpurpose flour 
  • 1 sudu kecil baking powder 
  • 50ml susu segar 
  • 1/4 sudu kecil yis kering - larutkan dalam 2 sudu besar air suam 
  • 1-2 titik pewarna kuning 
  • air sejuk peti secukupnya @ air biasa pun ok, sbb nak masuk peti pulak
  • sedikit garam 
Cara

1. Dalam mangkuk satukan bahan kering, kemudian masukkan susu segar, yis, pewarna dan air (air tu masuk sikit-sikit, maz tak sukat pun, adunan ni cair gitu, cair lagi dari bancuhan goreng pisang), kemudian simpan dalam peti selama 4-5 jam atau semalaman, maz bancuh malam untuk guna esok.
2. Panaskan minyak secukupnya, masukkan daun kangkung dalam adunan, amik sehelai-sehelai, masukkan dalam minyak panas, jarakkan masa goreng baru tak melekat. 
3. Goreng hingga garing dikedua bahagian, angkat dan toskan, buat sampai habis.
4. Bila nak hidang tuang sos manis atasnya dan sedia untuk dinikmati. 

Sos Manis
  • 1/2 cawan thai palm sugar (nisan putih thai)
  • 1 sudu besar cili kisar, jangan guna cili boh ye
  • 2 sudu besar daging ayam yang dicincang - celur sekejap, toskan 
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 1/2 cawan air @ secukupnya 
  • secubit garam @ nampla (kicap ikan)
Cara

1. Satukan semua bahan diatas kecuali isi ayam, masak hingga mendidih dan nisan larut.
2. Masukkan isi ayam dan masak dengan api sederhana biar sos jadi pekat sikit, suaikan rasa kalau kurang manis tambah nisan putih sikit lagi atau air jika perlu, maz buat main agak gitu je, tak sukat pun, sejukkan sepenuhnya sebelum dituang atas kerepek daun kangkung.

Nota ilhamdapur : untuk sos manis tu mesti guna nisan thai, baru sos akan jadi pekat dan warna merah, nisan yang dalam gambar tu nampak sedikit keras sebab maz simpan dalam peti, nisan tu lembut, macam pes gitu.

memang ralik la mkn kerabu versi manis ni, dgn rangupnya..nk mkn dgn nasi pun bleh sbb sosnya ada masuk daging ayam cincang, pastu ada plak tomyam deh!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...