Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, February 15, 2016

Chili Crab

 Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nasi Yunus as ketika dlm perut ikan, sama2 kita amal baca dikala keresahan atau dlm masalah, semoga sentiasa dlm lindunganNya.
ketam ni pun lauk lama jgk, tahun ni klu xsilap xde beli ketam lagik..malas main dgn kulitnya tu, suami pun kata xnk..jdi tu yg xbeli, utk ketam bercili ni maz guna pes cili thai yg tutup biru mcm botol pes tomyam tu..pastu masuk telur sebijik, tu yg jdi mcm bergerodak sikit kuahnya..memang sedap layan dgn nasi panas, cuma bercinta jgk la duk depan pinggan nk proses kulit2 tu..pernah skli sampai terluka jari kena kulitnya masa nak buka, Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada..

CHILI CRAB by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2-3 ekor ketam - kerat 2
  • 2 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 2 hiris halia *
  • 1 sudu besar pes cili thai - maz guna yang tutup biru mcm pes tomyam tu
  • 1 biji telur - kocok dengan garfu
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/2 sudu besar sos tiram 
  • sedikit gula
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Tumbuk lumat bahan bertanda *
2. Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan tumbuk dan tumis biar naik bau kemudian masukkan pes cili dan semua sos.
3. Masukkan sedikit air, gula dan ketam, tutup kuali dan masak sambil dibalik sekali sekala agar ketam masak sekata.
4. Bila ketam dah masak, masukkan telur dan kacau biar sebati dan kuah jadi pekat.

lauk ringkas yg sedap..klu buat udg pun bleh jgk deh masak bercili gini, nanti kena try..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...