Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, February 22, 2016

Japanese Korokke (Croquette)

Assalamualaikum w.b.t
'SubhaanAllahi wabihamdihi subhaanAllah hil'azim' (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung), 2 kalimah yg ringan dilidah, berat ditimbangan Al Mizan (Bukhari & Muslim), sama2 kita amal baca selalu sebagai zikir harian..semoga Allah SWT make us among those who remember Him much, Ameen.
apa kbar semua, semoga sentiasa dlm rahmatNya..sebenarnya jarang buat kue guna breadcrumbs ni sbb anak xberapa minat, pernah skli dulu buat sosej roll yg guna roti keping tu..tpi anak xsuka, pastu klu buat maz cuma celup telur je..pastu goreng, baru anak mkn, tpi kli ni anak mkn la plak..boleh buat korokke atau begedel jepun ni sbb dtg mood nk buat bento anak..selalunya klu bawa bekal, noodle goreng atau yg simple2 je, korokke ni lebih kurang je mcm begedil..cuma salut breadcrumbs, klu nak letak sayur kobis cincang pon bleh..penyediannya mudah sangat, anak2 pun suka ni, mak budak pun bleh habis 2-3 bijik! Inysaa Allah jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan..

JAPANESE KOROKKE (CROQUETTE) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 biji ubi kentang
  • 6-7 biji meatballs lembut/suhu bilik (maz defrost dalam microwave) - tumbuk biar hancur
  • 1/2 labu bawang besar - cincang
  • 1/4 cawan sayur campur (mixed vege) @ kobis cincang
  • 1 biji telur - kocok dengan garfu
  • sedikit garam atau serbuk pati dan lada sulah - jika perlu
  • allpurpose flour/tepung gandum secukupnya
  • breadcrumbs secukupnya
Cara

1. Kupas kentang, potong saiz kecil dan rebus hingga lembut dengan sedikit garam, toskan kemudian tumbuk lumat atau lenyek biar hancur.
2. Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang besar dan masak sekejap biar layu, toskan.
3. Dalam mangkuk sebatikan kentang, meatballs, mixed vege dan bawang besar, boleh tambah sedikit serbuk lada sulah, garam atau serbuk pati untuk suaikan rasanya.
4. Ambil segembal, leperkan atas tapak tangan dan buat bentuk oval atau bulat, ikut citarasa.
5. Celup korokke dalam tepung, kemudian celup dalam telur dan dengan breadcrumbs.
6. Panaskan minyak secukupnya untuk mengoreng, goreng biar perang dikedua bahagian, angkat dan toskan, boleh la dihidang bersama sos pilihan.

Nota ilhamdapur : boleh jgk guna daging kisar (ground beef) atau isi ayam kisar, masak bersama bawang besar sekejap, kalau guna kobis masak sekali juga, kemudian sebatikan dengan bahan lain, boleh disejuk beku jika tak habis goreng.

time xberapa rajin nk pegang kamera, snap yg frozen dari peti..buat utk bekal anak sebagai lauk tambahan kalau bawa nasi, jdi skli goreng tu tak banyak sbb dh ada lauk lain..bleh jgk buat sbgai snack anak2 utk kunyah ptg2 deh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...