Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, February 14, 2016

Italian Fish Soup

Assalamualaikum w.b.t 'Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku', sebahagian dri khutbah terakhir khalil Allah, junjungan yg amat kita kasihi Rasulullah saw pada 9 Zulhijjah 10 Hijrah, di ARAFAH, semoga Allah guide us to the straight path.
bertemu skeli lgi, baru berksempatan nk update blog hri ni..klu hari ahad tu kira hari bz sikit, mcm2 nk buat..biasa la deh, hri cuti jumaat sabtu memang xlekat kat rumah, beli2 barang pastu msuk peti je dlu..hri ni la bru nk urus apa yg patut, tpi hri ni kira produktif jgk, bnyk yg dlm list selesai..ok la meh cerita pasal sup itali ni plak, sekli lagi mencuba menu baru..bkn apa, kekadang tu rasa nk tukar selera jgk kan! sup ringkas yg berkhsiat dan sedapp! xberminyak mcm sup biasa dan guna tomato sebagai rencah kuahnya, seakan tomyam..cuma rasanya agak light gitu dan maz melayukan sikit dgn letak cili padi..memang sesuai la dgn cuaca dingin sekarang ni dpt hirup sup2 ni, nk buat pun mudah sangat dan yg penting sedap..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala khilaf..

maz guna isi ikan kerapu ni, kat sni panggil hamour..ikannya sebesar budak pun ada, Inysaa Allah lain kli bleh cuba buat versi ayam atau daging plak..

ITALIAN FISH SOUP by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g isi ikan kerapu @ ikan merah
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 1/2 tin buah tomato kupas dalam tin - maz guna mcm dlm gambar akhir sekli tu, ada jual kat pasaraya
  • 1 biji ubi kentang
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 ikat bayam - maz guna english bayam mcm dlm gambar akhir sekali, boleh guna bayam biasa jgk
  • 2 biji cili padi - potong serong
  • 1 kiub pati ayam/daging/bilis
  • 1 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • gula, garam secukup rasa 
Cara

1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih, kemudian masukkan kentang dan lobak merah, kacau balik sekejap.
2. Masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan ke, kira padan dengan bahan lain) tomato sekali dengan jusnya.
3. Masukkan kiub pati, gula, garam jika perlu dan masak biar sayur lembut sepenuhnya.
4. Masukkan cili padi dan ikan, masak sekejap dan suai secukup rasa.
5. Akhir sekali masukkan bayam dan masak seketika lagi sekadar bayam layu, padamkan api.

xde lauk lain pun tkpe dh, menu ringkas yg lengkap dgn sayur sekli..sesuai utk anak2 atau org demam yg hilang selera mkn, org yg sihat ni pun kemain lgi bersemangat mkn sup itali ni..suami lagi la suka klu jenis kuah air gini, dia memang suka hirup kuah..

utk sayur tu maz guna english bayam yg kartun popeye duk mkn tu, nk guna bayam biasa pun bleh..dan peeled tomato tin mcm tu, ada jual kat pasaraya..klu yg cincang pun bleh, wpun guna tomato..tpi sup ni bkn masam sangat, balance je rasanya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...