Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, February 22, 2016

Udang Paprik

Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma ajirni minan nar' (Ya Allah pelihara aku dari api neraka), sama2 kita amal baca 7x selepas solat subuh sebaik saja bagi salam, Sunnah Rasulullah saw..semoga Allah SWT accept our doa and shower us His mercy, Ameen
maaf la gambar pun snap ikut suka je, lauk dh berbln jgk la ni..menu kedai tomyam ni mudah je kan! kacau2 je siap, sbb tu kedai tomyam bleh jual masakan panas..xmcm nasi campur, amik masa la jgk nk siap sejenis lauk tu..sbnarnya acap kali jgk dh duk buat udg paprik ni, cuma xsnap je sbb kekadang tu togel je udg dgn bawang..sayur apa pun xde, tu yg maz xsnap..yg updated kat sini haritu versi ayam, Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas segala khilaf..

UDANG PAPRIK by by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 8-10 ekor udang saiz sederhana
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 2 batang serai - potong serong/ketuk
  • 3-4 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar cili kisar 
  • 1/4 @ secukupnya cawan sos cili + sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 labu bawang besar - hiris kasar (kalau boleh guna bawang besar holand, maz takde stok, guna bawang bomba je)
  • 2-3 biji cili padi jika suka pedas - ketuk
  • sayuran - jagung muda/kacang panjang/tomato/cili merah 
  • sedikit garam, gula dan aji
  • minyak sayur/minyak masak secukupnya
Cara

1. Panaskan minyak dalam 3 sudu besar (kira padan dengan bahan lain la ye), tumis bawang putih sekadar layu kemudian masukkan cili kisar dan tumis dengan api besar selama 5-6 saat.
2. Masukkan serai, semua jenis sos, sedikit air, daun limau, kemudian masukkan udang. 
3. Masukkan sedikit gula, aji, garam jika perlu, balik-balikan agar udang masak sekata, kemudian masukkan semua jenis sayur kecuali tomato.
4. Masak seketika lagi sekadar sayur sedikit layu dan masukkan tomato. 

paprik ni lauk ringkas yg sedap deh! 1 lauk lengkap dgn sayur dh..klu masuk kedai tomyam mesti kena oder paprik atau daging masak merah, lama dh jgk xbuat daging masak merah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...