Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, September 3, 2016

Gulai Ayam Padang

Assalamualaikum w.b.t. 
'La illaha il'lallah wahdahu la sharika lah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa 'ala kul'li shayin qadeer (tiada Tuhan selain Allah, tiada sekutu bagi Allah, yang memiliki langit dan bumi dan yang berkuasa atas segalanya), zikir selepas solat fardu sunnah Rasulullah saw, baca 10x selepas solat maghrib dan subuh sebaik bagi salam..sama2 kita amalkan semoga Allah swt have mercy on us all, forgive our mountainous sins and strengthen our iman, Ameen.
kembali dgn gambar lama lgi, ayam ni pun dh 3 bln lebih kena peram..kejadian awal bln 5 jgk! maaf la ye, memang bnyk sungguh gambar dlm folder tu..Alhamdulillah sebab masak hri2 klu wdays tu, pastu utk ptg dan mlm masak lgi sbb kat rumah ni nasi hanya tghri je..mlm kena godek menda lain plak, jdi tu yg duk buat mcm2 jgk..biasa klu ayam ni duk buat kari, masak kicap atau masak sambal..skli sekala buat gulai stail Padang ni sedap plak! gulai ni lebih kurang mcm masak lemak cili padi..cuma tumis dulu dan masuk cili kisar sikit, tu yg warnanya nk oren gitu..mula suka dgn gulai ni smjak mkn masa kat Padang dan Bukit Tinggi thun lepas, wpun masakannya agak kuat guna santan dan pekat dgn rempah ratus, tpi xbleh nk tolak la! maz dgn suami suka mkn..jdi klu pergi jln, kami memang aim klu ada tempat mkn yg best2..siap buat list lgi nk mkn apa, bnyk la jgk yg dpt merasa kat Padang dlu, dgn es telernya, es durian, sate, brownies, pisang goreng cheese dan yg best kebetulan tgh musim durian, belah mlmnya borong durian la plak yg org jual tepi jln kat pasar bawah bukit tinggi tu, murahh! masa bermlm kat Padang cri jgk duriannya, tapi harganya jauh beza dgn bukit tinggi..dh mahal, InysaaAllah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas apa yg tidak sempurna..

GULAI AYAM PADANG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam - potong saiz sederhana
  • 3 cawan santan
  • 1/2 labu bawang besar bombay *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1/2 inci kunyit *
  • 3 biji cili padi merah/cili merah *
  • 1 sudu besar cili kisar - rebus cili kering, kisar lumat
  • 1 batang serai - ketuk
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 keping asam gelugur
  • garam, gula dan sedikit aji jika suka @ serbuk pati ayam
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Kisar lumat semua bahan bertanda *, panaskan sedikit minyak untuk menumis.
2. Tumis bahan kisar bersama serai hingga wangi dan rencah masak, masukkan cili kisar dan tumis biar pecah minyak sikit.
3. Masukkan 3-4 sudu besar air, masukkan ayam dan masak sambil dibalik sekali sekala biar ayam bertukar warna dan sebati dengan bahan rencah.
4. Masukkan santan, asam keping dan masak biar mendidih, masukkan daun limau purut dan perasa secukup rasa, masak biar mendidih lama sikit sampai ayam lembut.

lauk gini klu nk ckup syarat lgi ada ulam pucuk ubi celur deh, mau terbabas asik duk senduk periuk je! klu yg asli Padang, gulainya lagi pekat kan..tgk gulai ni terus dtg ilham rasa nk buat plak, dh lama jgk xmasak masakan minang ni..skli skala tukar selera sedap jgk! tambah kat sni bahan mentah utk masak agar terhad..klu sayur daun tu asik duk masak bayam je la, tu je yg ada..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...