Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, September 15, 2016

Mc Oreo Ala McD

Assalamualaikum w.b.t
'Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adzaaban-nar' (Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka) Al Baqarah - 201, doa indah yg penuh dgn makna dan disukai oleh Rasulullah saw (Bukhari & Muslim) dan yg selalu kita amal baca selepas solat atau boleh baca bila-bila masa, semoga Allah SWT give us His mercy and forgiveness on the day we will need, Ameen.
cuaca pnas gini mesti nk yg sejuk2 kan, skrang ni suhu kat sni masih lagi cecah 40C waktu siang..anak2 pun kerap jgk duk beli aiskrim kat kedai depan rmah, klu dpt eskrim oreo ni pun sedap jgk deh! tpi skdar tgk gmbar je la ni, dh 4 bln lebih duk peram! kejadian hjung bln 4 lgik..buat ni sbb abangngah suka sangat beli eskrim oreo ni kat McD, jdi tu yg buat sdrik..mudah sangatnya, kisar je eskrim dgn susu segar..respi kat bawah tu maz xtulis sukatan tepat sbb main tuang gitu je, kena agak2 la ye..susu tu jgn masuk banyk dlu, klu xboleh kisar tambah susu sikit2..InsyaaAllah jumpa lagi dan maaf atas segala silap yg ada..

 lama sngat duk posing smpai meleleh kluar..maz suka mkn yg cair gini, sedut je dgn straw..

MC OREO ALA McD by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • susu segar secukupnya
  • ais krim vanilla
  • biskut oreo sekali dengan krimnya - hancurkan
  • secubit garam
Cara

1. Dalam pengisar masukkan susu segar, ais krim dan secubit garam, kisar biar sebati, tapi bukan cair.
2. Masukkan biskut oreo hancur, sebatikan guna sudu atau senduk kayu.
3. Tuang dalam gelas, letak satu sudu besar ais krim atasnya dan hias dengan biskut oreo.

klu anak npak ni mesti mitak sruh buat plak, bru ni ada beli biskut oreo plan nk buat plak..last2 anak cicah dgn susu segar je..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...