Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, September 7, 2016

Mee Rebus Kicap

Assalamualaikum w.b.t 
'Astaghfirullah robbal baraya, Astaghfirullah minal khotoya' (Ampuni hambamu ya Allah, Tuhan sekalian makhluk, Ampuni hambamu ya Allah dari segala dosa), semoga Allah swt forgive and show us what the best , Ameen.
mee kicap la plak, maaf la deh..gmbar je npak mcm bru msak, sbnarnya mee ni kejadian hujung bln 4 lgikk, huhuu! dh 4 bln lebih duk peram..mujur la lepas buat tu terus tulis resipi kat draf, klu dak memang sah xingat la! bleh terbuat mee kicap ni sbb satu hri tu tgk cooking show jepun, kemain lgi sedapnya miso sup dia..duk lap mulut tukang masak ni depan tv, nk buat xde barang..mna nk cri noodle jepun, stkat sushi tu ada la..lalu dtg la ilham nk buat mee ala jepun mcm tgk kat tv tu, tukang masak ni pun buat la versi mee kicap kipas udang ni! rsa supnya lebih kurang mcm thai boat noodle ni, cuma versi jepun ni lgi light sbb xde masuk rempah apa..rebus daging dgn halia dan bawang putih je, sedapp jgk! bleh la skli skala tukar slera dgn mee kari, nk buat pun mudah sangat..lebur je smua dlm periuk dan yg penting yummy! InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

MEE REBUS KICAP by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2kg daging - potong kasar
  • 1/2 inci halia - ketuk
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 5 kuntum cendawan shitake - rendam air panas biar lembut sikit
  • 1 batang lobak merah - potong panjang
  • 2 sudu besar sos tiram
  • sedikit kicap manis/pekat - untuk gelapkan kuah
  • sedikit kicap ikan/fish sos
  • sedikit gula dan aji jika suka
  • kacang peas/taugeh/daun sup/cili padi/daun ketumbar atau daun sup
  • mee kuning - cuci dengan air suam kalau guna mee paket
Cara

1. Dalam periuk masukkan air secukupnya, halia dan bawang putih, masak biar berwap sikit kemudian masukkan daging, sos tiram, kicap ikan dan kicap secukupnya (agak-agak la ye kira kuah jadi gelap), masak hingga daging lembut (maz guna periuk tekanan, rebus dalam 30 minit).
2. Bila daging dah lembut, padamkan api dan buka periuk tekanan bila wap dah keluar, masukkan lobak merah, cendawan shitake, kacang peas dan masak sekejap dalam 2-3 minit sekadar sayur layu, suaikan secukup rasa.
3. Padamkan api, keluarkan daging dan cendawan, hiris nipis, boleh la dihidang bersama mee dan bahan sampingan yang lain.

sedap hirup yg sup panas2 tu, bleh la utk lepas terlur tu kan! wpun masuk kicap je, tpi kuahnya ada la jgk rsa jepun sikit aroma dri cendawan shitake dan halia..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...