Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, September 8, 2016

Kari Sotong Ala Mamak

 Assalamualaikum w.b.t 
'Rabbana aatina min ladunka rahmatan wa hayyi' lana min amrina rashada' (Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami (Al-Kahfi - ayat 10) sunnah Rasulullah saw baca surah Al-Kahfi pada malam atau hari jumaat, setidaknya 10 ayat pertama, sama2 kita amalkan selalu..semoga kita dijauhi dari segala fitnah dunia dan sentiasa dlm lindunganNya, Ameen.
mungkin ada jgk dh bersiap utk blik kampung sambut raya haji, rindu plak suasana raya kat kampung..thun ni 9 tahun la sambut raya haji kat sni, kat klate raya haji pun meriah sama mcm raya puasa jgk..pada yg dlm perjlnan dan nak meneruskan ke destinasi, semoga sentiasa dlm lindunganNya dan dipermudahkan urusan..baca ayat kursi, bismillahillazi dan doa naik kenderaan subhanallazi sampai habis..sama2 kita berpuasa hari arafah ahad ni, sangat2 dituntut dan besar ganjarannya..ok la, stun ni buat hjung bln hritu..kira masih baru lgi la deh, blum kena peram berbln2..skali sekala tukar selera masak kari stun, klu dak duk masak sambal je..stun pun besar, sedap la buat kari pekat gini..wpun besar, tpi sedapnya..lembut! sma mcm stun yg goreng mkn dgn nasi lemak kat sini, semoga jumpa lagi..InysaaAllah dan maaf atas segala silap yg ada..

posing sblum dipotong, sotongnya panjang lebih sejengkal..klu bakar pun sedap kan! maz guna santan tin yg memang pekat, pastu memang saja masuk sikit..sbb kari mamak xguna bnyk santan deh, pekat dgn serbuk kari..klu guna santan segar, ejus la ye dgn air tu..

KARI SOTONG ALA MAMAK by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 ekor sotong saiz besar
  • 1/4 cawan santan pekat - maz guna santan tin
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 kayu manis, 2 bunga lawang, 2 bunga cengkih, 3 bini buah pelaga (rempah 4 sekawan)
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan/udang - bancuh dan sedikit air
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • sedikit nisan/gula melaka
  • sedikit air asam jawa
  • garam, gula dan sedikit aji jika suka
  • minyak untuk menumis secukupnya
Cara

1. Cuci sotong dan toskan, masukkan kepala dalam badan sotong dan cucuk dengan lidi agar tidak tercabut bila masak.
2. Tumbuk lumat bahan bertanda *, panaskan minyak secukupnya dan tumis bersama daun kari, rempah 4 sekawan hingga naik bau.
3. Masukkan serbuk kari, tumis biar pecah minyak, masukkan 2 sudu air dan tumis lagi sambil dikacau biar pecah minyak lama sikit
4. Masukkan serbuk ketumbar, tumis sekejap, kemudian masukkan air asam jawa, nisan, garam, gula dan air dalam 1 cawan (kalau guna santan segar, kurangkan sikit air ni).
5. Masukkan sotong, sebatikan dan tutup periuk biar berwap dan sotong mesra dengan bahan rempah.
6. Masukkan santan, masak seketika lagi biar mendidih dan suaikan secukup rasa.

kari mcm biasa je, cuma suka masuk serbuk ketumbar klu menumis..semerbak baunya dan lagi sedap, mungkin sbb tekak ni dh biasa dgn masakan kat sni..jdi dh terikut2 plak..Alhamdulillah layan menu ala kedai mamak la hritu, goreng pappadom skli..memang sentiasa ada je keropok india ni sbb anak suka mkn..

2 comments:

  1. Alhamdulillah sedapnya, memang ini la yang dicari, mudah bahan-bahannya. Terima kasih ya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...