Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, September 15, 2016

Kerabu Makanan Laut Thai (Thai Seafood Salad)

 Assalamualaikum w.b.t
'Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardi wala fis sama' wa huwa sami'un alim' (Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit selagi bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), sama2 kita amal baca doa ni 3x pagi dan 3x petang, sunnah Rasulullah saw..semoga Allah swt protect us, our families and always keep us safe, Ameen.
kerabu thai yg skli lgi, hritu versi tembikai..ni seafood, selalu buat kerabu gini sbb pabret suami..kekadang tu dia mintak buat utk mkn gitu je, meratah katanya..maz pun suka, memang sedapp! cuma versi makanan laut ni la pertama kli buat, ilham dri suami yg mtak sruh buatkan..rspi sama mcm kerabu sotong ni, cuma ni cmpur dgn clam dan udg..kbetulan msa beli claim tu masak rebus je, pastu amik simpan sikit utk buat kerabu ni..clam tu maz amik isi, cuma saja letak 4-5 yg masih dgn cengkeram nk bgi nmpak..kerabu yg ckup sedap, rsa masam manis yg seimbang dan daun ketumbar buat kerabu ni ckup segar..InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak menyenangkan..

KERABU MAKANAN LAUT THAI (THAI SEAFOOD SALAD) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g makanan laut segar - sotong, udang dan clam
  • 1/2 labu bawang besar - hiris nipis
  • 2 batang serai - hiris nipis
  • 3 biji cili padi hijau - potong kecil
  • 4 biji cili padi merah - potong kecil
  • 1 biji tomato - hiris nipis
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji asam limau - amik jusnya
  • 2 sudu besar nisan putih thai @ secukup rasa - seperti dlm gambar kat bawah
  • kicap ikan/fish sos secukupnya
  • sedikit aji
  • daun ketumbar cincang secukupnya
Cara

1. Sotong dibuang semua kulit, hiris saiz sederhana, udang buang kulit tinggal ekor saja dan belah belakang sikit buang urat hitam.
2. Didihkan air, masukkan semua makanan laut dan celur sekejap dalam 1 minit, angkat toskan dan rendam dalam air sejuk peti/ais agar tidak kecut, bila semua bahan lain dah sedia baru toskan.
3. Dalam lesung, masukkan nisan putih, jus limau, kicap ikan ,bawang putih, aji dan gesek-gesek biar nisan larut, perasa secukup rasa biar ada rasa sedikit manis dan masam yang seimbang.
4. Dalam mangkuk besar, satukan makanan laut dan semua bahan lain, gaul sebati dan sedia untuk dihidang dengan tomyam, nasi putih atau makan begitu saja.

Nota ilhamdapur : clam tu kalau nak amik isi terus pun boleh, maz pun perisi amik isi, cuma saja letak 4-5 yang masih dalam kulit nak bagi nampak clam.

ni nisan putih thai atau thai palm sugar, bnyk masakan thai guna nisan ni, sedap! rsanya ala butterscotch sikit..yg dlm plastik ikat tu gmbar lama, dh lama hbis..maz bwa dri msia msa blik thun lepas, sruh adik beli kat rantau panjang, yg 1 lgi tu beli kat sni..senang nk cari nisan ni, bnyk tempat yg ada jual..

starter atau pembuka selera yg ckup sedap, nk buat kerabu gini guna mkanan laut yg segar bru sedap sbb hnya celur sekajap saja..pastu daun ketumbar xbleh tinggal la, penyedap kerabu ni..maz guna nisan putih thai, klu guna gula pasir xjdi mcm kerabu ori thai sbb rsanya xsama..ni saja dgn nasi putih pun dh ckup, sbb bleh jdi 1 lauk..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...