Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, September 4, 2016

Cheese Bread With Marinara Sauce

 Assalamualaikum w.b.t 
'Allahumma innii zhalamtu nafsii zhulman kat'siiran wala yagh'firudzunuu'ba illa anta, fagh'firlii maghfiratan min in'dika warhamnii innaka'an tal'ghafuur ru'rahim' 
(Ya Allah, aku melakukan kezaliman yang banyak atas diriku sendiri dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka berilah aku keampunan dari sisiMu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang), doa yang cukup indah yg diajar oleh Rasulullah saw kepada sahabat yg paling disayangi baginda, Sayyidina Abu Bakar As Siddeq R.A, sahabat yang telah dijanjikan syurga, sama2 kita amal baca selalu, semoga Allah swt forgive our sins we have done and accept our doa, Ameen.
biasa duk buat goreng pisang atau cucur utk alas perut ptg atau mlm..skli skala tukar mkn roti la plak, hasil dgn marinara sauce ni..terjebak tgk show andrew zimmern la jgk! mokcik ni pun kemain rajin nk mencuba menu italian plak..tpi pilih buat yg mudah je, roti pun yg segera..beli kat carrefour! cuma tuang minyak zaitun sikit dan tabur cheese, masuk oven..pastu cicah dgn sos marinara tu, sedappp! nk buat sos tu pun mudah je, klu xde idea nk buat hidang ptg bleh la try roti cheese dgn sos ni..atau bleh jgk sedia utk sarapan, tukar selera dgn nasi lomak deh! InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas silap yg ada..

terlupa nk sapu bawang putih dlu sblum letak cheese, klu dak lgi sedapp dgn aroma bawang putih..

 mkn time, yummyyy! menu restoran yg bleh buat sdrik kat rumah, pasti xcukup 1 plate ni..

CHEESE BREAD WITH MARINARA SAUCE by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • roti perancis jenis lembut/roti john - belah 2
  • mozarella cheese secukupnya
  • sedikit extra virgin minyak zaitun
  • sedikit daun basil atau italian herbs
  • marinara sauce
Cara

1. Panaskan oven suhu 170C.
2. Susun roti dalam loyang, tuang sedikit minyak zaitun atas roti, tabur cheese secukupnya dan sedikit basil atau italian herbs.
3. Bakar selama 8-10 minit atau hingga cheese cair dan sedikit perang.
4. Sedia untuk dihidang bersama sos marinara ketika masih panas.

sos ni bleh dipelbagaikan kegunaannya..rebus spagheti pastu tuang sos ni bleh jdi satu hidangan ringkas dh..maz pon ada buat 3-4 hari lepas utk alas perut mlm..

roti perancis yg maz guna ni bkn yg jenis keras tu ye, sni panggil samoon bread..roti utk sandwish ala roti subway tu, klu guna roti yg keras tu xsedap..nati kejung plak bila msuk oven, xkena nk cicah dgn sos ni, klu xde roti ni bleh je guna roti hot dog atau roti john tu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...