Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, September 1, 2016

Acar Timur Tengah

Assalamualaikum w.b.t 
'Rabbana aatina min ladunka rahmatan wa hayyi' lana min amrina rashada' (Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami (Al-Kahfi - ayat 10) sunnah Rasulullah saw baca surah Al-Kahfi pada malam atau hari jumaat, setidaknya 10 ayat pertama, sama2 kita amalkan selalu..semoga kita dijauhi dari segala fitnah dunia dan sentiasa dlm lindunganNya, Ameen.
plannya nk update pgi tdi, tpi msa xbrapa mengizinkan..ptg plak teman suami prgi klinik xberapa sihat, ok la cerita pasal acar ni..bunyi pelik je deh! ada ke acar timur tengah, sbnarnya maz saja letak nama gitu sbb guna buah zaitun dan dtg ilham nk buat acar gini dari pickle atau jeruk arab yg ada mcm2 jenis..jeruk sayur, buah atau yg dicampur..cuma maz buat versi masak, tumis kayu manis dan bawang, pastu cmpur segala sayur dan buah yg ada..sbnarnya acar ni buat mkn dgn nasi biryani udg, dh 3 berbln la jgk lamanya duk peram! suami kata sedap, siap meratah lgi..memang kena la layan dgn nasi biryani atau bleh jgk mkn dgn nasi berperisa yg seangkatan dgnnya, selamat berhujung minggu..sama2 kita baca surah al-kahfi atau 10 ayat pertama dan InsyaaAllah semoga jumpa lagi, mohon maaf atas apa segala kekurangan yg ada..

acar timur tengah tu ilham dri pickle2 ni la..mcm2 jenis pickle, yg pedas pun ada, yg masuk rempah, jenis campur buah dgn sayur ada..jeruk bunga kobis, buah almond muda yg masih dlm kulit pun dijeruk jgk, xthu la mcmana org arab ni mkn jeruk2 ni smua..yg maz biasa mkn klu beli grilled kambing atau ayam, ada la jeruk ni skli..sedap tau! tekak ni bleh terima dh, klu xde jeruk ni mkn benda grilled rsa mcm xckup syarat plak..sma la dgn turkey, depa mkn pickle ni dgn sandwish ikan atau dipanggil balik ekmek..

ni pun ada lgi..jeruk yg merah tu masuk pes cili, arab pun ada pes cilinya jgk..tpi jenis xpedas, warna je merah menyala..yg maz pernah mkn pes cili ni bila oder mix mezza, ada la sambal cili skli..

ACAR TIMUR TENGAH by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2 labu bawang besar - dadu kasar
  • 5 ulas bawang putih sebijik-sebijik *
  • 1/2 inci halia - hiris nipis *
  • 1 kayu manis *
  • 2 kuntum bunga cengkih *
  • 1 biji timun jepun, buang biji - potong nipis
  • 1 biji lada benggala merah - potong nipis
  • 4 keping nenas
  • 1/2 cawan buah zaitun jeruk
  • 1-2 sudu besar cuka epal
  • sedikit serbuk kunyit 
  • sedikit buah tomato ceri 
  • segengam gajus
  • sedikit gula, garam/serbuk pati
  • sedikit minyak sayur untuk menumis
Cara

1. Panaskan 1 sudu minyak sayur, tumis bahan bertanda * sekejap, masukkan timun, buah zaitun dan masak sekejap biar timun layu, kemudian masukkan lada benggala dan nenas.
2. Masukkan sedikit kunyit, cuka, sedikit air, gajus dan masak biar sayur lembut sikit, perasa secukup rasa dan akhir sekali masukkan tomato, padamkan api.

Nota ilhamdapur : acar ni maz hidang dengan nasi biryani, atau boleh juga kalau nak makan bersama nasi berperisa yang lain seperti nasi tomato, nasi minyak dan seumpamanya.

ni kenangan mkn jeruk sayur masa kat istanbul hampir 2 thun lepas..yg dlm gelas merah2 tu smua jeruk sayur, ingatkan arab je kuat mkn pickle ni..rupenya turkey la best! siap minum lgi air jeruk tu, mcm sirap plak warna merah..maz dgn suami je la yg layan mknan mcm ni, ank2 xmkn..

pasangan air jeruk tu balik ekmek atau sandwish ikan..tpi ikan tu dibakar bkn goreng, tempat pemes utk menikmati balik ekmek di istanbul ni kat tepi selat bonsphorus, naik tram stop kat station eminonu..pastu pegi ikut bawah jambatan, kat situ semua gerai jual balik ekmek je dan dimasak atas bot..sedapp! ikannya fresh sungguh dan ikan tu dtg khas dari norway..sempat la jgk 3x duk ulang pergi mkn balik ekmek ni, maz dgn suami je la yg suka sandwish ikan ni..anak2 mkn skli je, tu pun xhbis..InysaaAllah bln depan dpt pijak bumi istanbul skli lgi, maz pergi dlu bln 12 time musim sejuk, pergi Uludag jgk..turkey ada bnyk tempat yg menarik dan bumi Allah yg indah, suka tgk rumah tinggi2 kut lereng bukit..

acar yg bleh membangiktkan selera, bau semerbak kayu manis dan bunga cengkih yg ditumis tu yg jdi acar timur tengah ni specil skit! ada rasa masam, manis dri nenas..sayur tu xperlu masak lama baru sedap mkn, rangup gitu! panjang plak n3 kli ni, sampai ke istanbul..takpe la ye sebagai kenangan kat dapur maya ni, ada jgk terasa nk tulis pasal cerita mkn2 atau holiday..tapi maz ni bkn jenis yg rajin nk mengarang atau bercerita, ditambah masa plak xberapa nk ada..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...