Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, September 14, 2016

Nachos

 Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nabi Yunus as ketika dlm perut ikan, sama2 kita amal baca dikala keresahan atau dlm masalah, semoga Allah swt always protect us, our loved and keep us safe, Ameen.
bru berkesempatan nk update blog, bila hri cuti memang xdan nk duk depan lappy..raya sni tak meriah, xrsa mcm raya..korban pon smua diuruskan, cuma pgi raya ke 2 tu suami prgi ambil daging korban yg bahagian 1/3 tu..yg selebihnya organisasi la yg uruskan utk diagihkan, sni cuti rya 6 hri cmpur jumaat sabtu, cuma skolah je minggu depan bru buka..lama dh jgk xbuat nachos mcm ni, tpi klu yg cicah dgn salsa mcm kat sini ada buat jgk utk kunyah2 depan tv..klu pergi seef mall memang akn oder nachos ni, pabret klrga dri dlu..selain dri grilled beef bleh jgk guna daging kisar yg dimasak mcm kat sini..atau mkn dgn guacamole ni, stok cheese dlm peti memang xpernah putus..senang time nk guna sentiasa ada, maklum la kat sni xde kedai tomyam atau pasar malam nk cri mkn..jdi kena stanby je utk msak, InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

NACHOS by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 200g daging sirloin @ batang pinang - dadu 
  • 1 biji tomato - dadu
  • kerepek tortilla asli (plain) secukupnya
  • mozzarella cheese secukupnya
  • jalapeno (cili jeruk mexican) - option
Cara

1.  Panaskan oven 170 C.
2. Gaul daging dengan sedikit garam, serbuk lada hitam dan sedikit kicap jika suka.
3. Panaskan 1 sudu kecil minyak zaitun dalam kuali non stick, letak daging dan masak 1 minit kemudian kacau dan masak sekejap lagi, angkat.
4. Buat lapisan nipis tortilla dalam loyang, tabur daging atasnya dan mozarella secukupnya, bakar 5-6 minit atau cheese cair.
5.  Keluarkan dari oven, tabur tomato dadu dan jalapeno, sedia untuk dihidang ketika masih panas.

ni yg mkn kelmarin kat food court seef mall..blik rmah buat sdrik plak, kbetulan tortilla chips pun ada speket..yg putih tu sour cream dan yg hijau tu guacamole, buah avocado yg ditumbuk lumat..klu pergi sni memang wajib mkn nachos ni, 1 pinggan tu 3 dinar atau rm32..kat sni mkan yg dijual kat food court smua canggih2..dgn baskin robbinnya, krispy kreme, hardees, papa john dan mcm2 lgi..klu kat msia, ni smua duk dlm klcc, restoran satu2 deh..sni taraf food court je dan smua guna pinggan pakai buang, tpi kat luar mall pun ada jgk restorannya yg sdrik..

posing pon ala kadar je..menda ni kena mkn masa panas2 tu bru sedap, rangup..mcm piza la kan, slice jalapeno atau cili jeruk mexican tu memang pabret suami..rsanya lebih kurang je mcm cili jeruk kita, cuma nachos kli ni xde guacamole dgn sour cream..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...