Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, September 23, 2016

Sup Ekor Ala Kedai Tomyam

Assalamualaikum w.b.t 
'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami), semoga Allah SWT guide us to the straight path, Ameen.
sup ekor ni pasangan dgn kerabu thai hritu, kerap jgk duk masak menu kedai tomyam ni sbb bahan mudah..klu masakan kampung tu susah la skit sbb sni xbnyk sayuran yg ada, stkat ikan singgang campur bendi gitu je la yg bleh buat..segala pucuk kayu lain xde, tpi sup ekor memang sedap kan..sni ekor fresh mudah, kat pasaraya pon ada..klu kat pasar lgi la, tergantung2..tnjuk je nk yg mna..resipi lebih kurang je mcm yg duk buat sblum ni, suka buat sup jenis xtumis gini, main rebus je dgn halia dan bawang putih..klu tumis tu rasa muak plak, lgipun sup kedai tomyam mana ada masuk rempah kan..supnya jenis cerah dan xde bau rempah, rasa masam limau nipis dan bnyk masuk bawang besar holland..sup ni rebus guna presure cooker senang keje, 1 jam dh lembut..InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas segala khilaf..

SUP EKOR ALA KEDAI TOMYAM by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ekor lembu segar
  • 1 inci halia - ketuk
  • 2 ulas bwang putih - ketuk
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 labu bawang besar holland - belah 8
  • 1 biji buah tomato - belah 6
  • 1 batang saderi - jika ada, kali ni takde stok
  • 1 biji asam limau - amik jusnya
  • 2 sudu besar sos tiram
  • garam, gula secukup rasa & sedikit aji jika suka
  • sedikit daun sup/daun bawang/cili padi/bawang goreng
Cara

1. Cuci bersih ekor, toskan.
2. Dalam periuk tekanan didihkan air bersama halia, bawang putih dan asam gelugur  (air tu jangan banyak sangat ye sebab guna periuk tekanan air tak kering).
3. Masukkan ekor dan sedikit garam, tutup periuk tekanan dengan sempurna dan masak selama 50-60 minit dengan api perlahan, padamkan api dan buka periuk bila wap dah habis keluar.
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bawang besar, tomato, saderi jika guna dan sos tiram, tumis sekejap je dengan api besar sambil dikacau.
5. Tuang dalam periuk sup, suaikan secukup rasa dengan gula, jus limau dan aji jika guna.
6. Bila nak hidang tabur sedikit daun bawang/ daun sup, bawang goreng dan cili padi.

klu mkn kat kedai tomyam sup ekor dgn telur dadar je pun dh ckup sedap deh, sup gini biar rasa masam lebih skit bru ummphh! kat sni daun sup xde jual..pengganti daun sup ni maz guna daun saderi je klu ada stok, ni hiris daun bawang je la..dlm gambar tu daun ketumbar, memang xpernah putus kat rumah ni daun tu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...