Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, September 29, 2016

Fillet Ayam Masam Manis

 Assalamualaikum w.b.t 
'Astaghfirullah robbal baraya, Astaghfirullah minal khotoya' (Ampuni hambamu ya Allah, Tuhan sekalian makhluk, Ampuni hambamu ya Allah dari segala dosa), semoga Allah swt forgive and show us what the best, Ameen.
lauk ulang tayang jgk ni, memang kerap kat rumah ni duk masak lauk jenis manis2 gini..anak2 suka dan utk menyelamatkan bahagian dada ayam sbb klu masak buat lauk sketoi gitu xlaku, jdi tu buat  fillet gini..klu nk tgk versi rangup ada kat sini, yg buat kerabu dgn dada ayam ada sini, yg guna fillet ikan kerapu kat sini, InysaaAllah jumpa lagi..idea pon xde sangat nk bercerita pgi ni dan maaf atas apa yg tidak semuprna..

FILLET AYAM MASAM MANIS by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g dada ayam - potong nipis, toskan
  • 1/2 cawan allpurpose flour/tepung gandum @ secukupnya
  • 1 biji telur - kocok
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 1/4 cawan sos cili @ secukupnya
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos manis thai/apa-apa sos pencicah
  • 2 sudu besar sos tiram
  • garam/serbuk pati, gula secukup rasa 
  • 1 labu bawang besar - dadu kasar
  • 1 biji tomato - dadu kasar
  • 1 biji lada benggala merah/hijau - potong kasar
  • 2 keping nenas - potong kasar
  • minyak masak secukupnya
Cara

1. Panaskan minyak untuk menggoreng secukupnya
2. Masukkan tepung dan sedikit garam dalam plastik, goncang biar sebati.
3. Dalam mangkuk besar satukan telur dan isi ayam, masukkan dalam plastik tepung dan goncang- goncang biar bersalut dengan tepung sepenuhnya,/tebal. 
4. Amik satu-satu, masukkan dalam minyak panas dan goreng biar sedikit garing dikedua bahagian, angkat dan ketepikan.
5. Dengan kuali lain, panaskan sedikit minyak untuk menumis, masukkan bawang putih dan bawang besar, masak sekejap biar naik bau, kemudian masukkan lada benggala dan nenas.
6. Masukkan semua jenis sos, sedikit air dan masak biar sos berbuih sekejap, perasa secukup rasa dengan gula, sedikit garam atau serbuk pati.
7. Masukkan ayam goreng tadi, sebatikan dan masak seketika biar mesra dengan bahan sos.

klu masak lauk gini pasangannya buat tomyam atau sup, kekadang tu buat 1 lauk ni je utk anak2 klu suami xnk mkn nasi..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...