Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, August 17, 2010

Cucur Sayur

Assalamualaikum...ni mnu brbuka kita ptg smlm...mkn cucuq syur je..nsi2 ni xbrselera sngat la pose2 ni..sbb mkn pun tak bnyk..tpi kita memang suke cucuq mcm ni..lembut didlm..garing kat laur..ada plak air cili buat sdri..memang hbis le 6-7 ktoi tu..sdpppp..


Sumber Resipi : Ilham Dapur.blogspot
Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan taugeh
  • segengam daun sup yang dicincang
  • segengam lobak merah yang disagat
  • 7-10 ekor udang - buang semua kulit dan dipotong kecil
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/4 sudu kecil garam
  • beberapa titik pewarna kuning
  • air secukupnya
  • minyak masak secukupnya untuk mengoreng

Cara-cara

1. Satukan semua bahan-bahan dalam mangkuk kecuali air, masukkan air sedikit-sedikit sambil dikacau agar sebati. Bancuhan ni lembut mcm adunan cekodok gtuw. Biarkan dulu seketika dalam 10-15 min sebelum digoreng.

2. Panaskan minyak dan boleh la digoreng dengan api sederhana. Balik-balikan agar masak sekata sehingga berwarna sedikit keperangan. Angkat dan toskan. Goreng sampai habis. Siap..

3. Boleh la dihidang dengan sos kegemaran atau air cili buatan sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...