Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, August 18, 2010

Ketam Masak Lemak

Assalamualaikum..brsua skli lgi..alhamdulillah dah slmat brbuka smua ye..kcuali kwn2 yg duk kat euro la kan..hri ni kita brbuka dgn mee plak..ehhh!! tpi ketam tu bila pnye?? hehe..ketam ni lauk ptg smlm..skli skala anak2 mtak nsi..tpi kita xmkn pun..kita mkn kuih je..tu pun msa brbuka aiman sorang je yg mkn ketam ni..pastu yg lebihnya buat shur..ye la kan..bln2 pose ni bnyk rzki..jiran2 duk bgi skit sorang..tgk2 pnuh jdi meja tu..

ketam ni kita msk lemak cili pdi biasa je..cma buh daun kunyit..nk bgi rasa kmpung gtuw..tpi memang membngkitkan slera aroma daun knyit ni..pastu buh nenas skit..

Sumber Resipi : Ilham Dapur.blogspot
Bahan-bahan
  • 3 ekor ketam - cuci bersih, potong 2 dan toskan
  • 3 cawan santan dari 1 biji kelapa
  • 4 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 5 biji cili padi *
  • 1 inci lengkuas *
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 1 helai daun kunyit - carik-carikkan
  • 2 biji cili merah - dipotong nipis
  • 1 mangkuk kecil nenas yang dipotong sederhana
  • 1 keping asam keping
  • garam dan gula sebagai perasa

Cara-cara

1. Kisar hancur semua bahan-bahan yaang bertanda *

2. Dalam periuk, masukkan santan, bahan-bahan yang dikisar, asam keping dan nenas. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan ketam. Balik-balikkan agar ketam masak sekata.

3. Masukkan daun kunyit dan cili merah. Perasakan dengan garam dan gula seenak rasa. Masak seketika lagi agar ketam masak. Padamkan api. Siap...

1 comment:

  1. salam kak maz..ahaii..terliurnya nengok isi ketam mcm nak tersembul2 jek dr kulitnya tuu..kuahnya kalo dihirup mesti besh!sibbaik merayap memalam bkn tgh2hari..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...