Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, August 12, 2010

Goreng Pisang

Assalamualikum...ni bkn juadah brbuka kita ye..tpi kuih ptg selasa tu..kbtulan adik kita blik kmpung isterinya..jdi dia bgi la pisang ni seikat..dri trbuang gtuw aje..baik digreng kan...dpt jgk kunyah2 dpn tv..rmah kita psang2 ni klu digreng atau buat lepat je bru laku..klu dibuat mffin atau kek..memang xde org sentuh le..rspi sma mcm yg kita duk buat sblum2 ni..
Sumber Resipi : Ilham Dapur.blogspotBahan-bahan (tiada sukatan tepat)
  • 1 cawan air
  • tepung beras secukupnya (maz tak sukat, jadi kena agak-agak la ye)
  • 2-3 sudu besar penuh kelapa parut
  • 1/4 sudu kecil kapur makan
  • sedikit pewarna kuning
  • sedikit garam dan gula
  • pisang secukupnya
  • minyak untuk mengoreng secukupnya
Cara-cara

1.Satukan semua bahan-bahan kecuali tepung beras dan pisang, kacau sebati. Kemudian masukkan tepung beras sedikit-sedikit sambil dikacau guna sudu agar tidak berketul (bancuhan ini tidak terlalu pekat atau cair ye, kiranya kalau celup pisang tu adunan akan melekat pada pisang)

2.Panaskan minyak dan boleh la digoreng pisang sehingga keperangan dikedua bahagian dengan api sederhana. Angkat dan toskan . Goreng sampai habis. Siap..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...