Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, August 10, 2010

Tuna Pizza Bun

Assalamualaikum..brsua skli lgi..mgkin ada kwn2 yg tgh sibuk duk siapkan mnu utk brsahur mlm ni kan..insyaallah esok kita smua akan mula berpuasa..kita sahur biasanya dgn rti je..jarang sngat mkn nsi..stelah skian lama xmeroti..tetiba ptg semlm dtg angin rajin skit..kita pun uli le tpung 2 cwn buat bun ni...mls nk gna BM..gna tngan lgi cpat..saja xnak buat pza biasa..kli ni wak bntuk bun plak..bun ni kita gna sukatan mcm buat donat tu jgk..cma xmsukkan kentang la kan...pastu kita tmbah 1/2 sdu besar bread softner...yg lain2nya tu sma je..tpi tetap lembut dan gebu..memang ngam sngat klu digndingkan dgn scwan kopi ptg2 mcm ni kan..mksih pda kwn2 yg wish besday kita..sbnarnya dah tua2 ni xde bezanya hrilahir dgn hri2 biasa..sma je..syukur msih dipnjangkan usia..

utk 2 cwn tpung yg kita gna bleh dpt 11 bjik bun pza ni...dpt la kita bgi kat jiran kita 4 bjik..kbtulan ptg smlm adik kita dtg umah..dpt le dia mrasa skli..

Sumber Resipi : Ilham Dapur
Bahan-bahan (resipi anggaran)

  • 2 cawan tepung gandum (-/+)
  • 1/2 cawan air suam* (-/+)
  • 1 1/2 sudu kecil yis kering (kita guna brand mauripan)*
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar minyak sayur (kita guna sunflower)
  • 1 sudu besar madu
  • 1/2 sudu besar bread softner
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 tin tuna - kita guna TC Boy yg dlm minyak sayur - buang minyak dan gaulkan dengan 1 sudu besar mayonis
  • 1 labu bawang besar - mayang nipis-nipis
  • mozarella cheese secukupnya
  • sedikit daun oregano
  • sos cili secukupnya

Cara-cara

1. Dalam mangkuk satukan bahan-bahan yang bertanda *. Biarkan seketika (1-2 minit). Kemudian masukkan madu, bread softner, sedikit daun oregano dan minyak sayur, kacau sebati.

2. Satukan tepung, garam dan susu tepung. Masukkan sedikit-sedikit kedalam no 1 sambil dikacau guna garfu (kacau buat bulatan jam) sehingga adunan tadi bersatu (menjadi seketul) tapi tidak keras (kalau tepung lebih, ketepikan). Kemudian boleh la diuli dengan tangan sehingga adunan menjadi licin dan tidak melekat pada tangan (kalau lembik, tambah tepung sikit-sikit je).

3. Tutup mangkuk dengan plastik wrap atau kitchen towel dan biarkan selama 30 minit atau doh naik 1x ganda. Kemudian amik doh yang telah naik tadi dan tumbuk-tumbuk sedikit.

4. Ambil doh tadi dan bulat-bulatkan sebesar bola ping pong. Kemudian masukkan dalam papercup saiz sederhana dan susun dalam muffin try, buat sampai habis.

5. Kemudian sapu permukaan doh yang telah siap dibulatkan tadi dengan sedikit sos cili. Letakkan pula tuna diatasnya. Taburkan mozarella cheese secukupnya. Letakkan pula bawang besar yang telah dimayang. Akhir sekali taburkan sedikit daun oregano

6. Rehatkan doh seketika dalam 8-10 minit. Kemudian boleh la dimasukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 10 minit. Bakar dengan suhu 170 C selama 18-20 minit atau mengikut oven masing-masing.

1 comment:

  1. salam kak,
    kita da try buat tuna bun akak ni.
    ni tgh tggu doh naik dlu br nak letak tuna n yg lain then bakat..resultnya nnt kite share kat blog erh..txs kak =) resepi yg sgt sng nak buat..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...