Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, January 27, 2016

Baked Chicken

 Assalamualaikum w.b.t 'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami)
baked chicken versi sipel mapel je..kerap jgk dh duk buat ayam ni, afiq suka sangat..ni pun yg buat awal bln 12 lgik..gitu la dapur ni semua duk main peram dlu, kekadang tu maz letak cendawan butang segar atau brokoli..ikut apa stok yg ada, wpun ringkas je, tetap sedap sbb ada bau bawang putih..ada rsa mcm baked chicken kat ikea sikit2, klu nk cicah dgn garlic bread pun bleh..Inysaa Allah sampai bersama lagi, mohon maaf atas kekurangan yg ada..semoga Allah swt guide us to the straight path..

gambar atas tu, ayam yg dilumur dgn tepung dimasak dulu sekejap agar kulitnya jdi berkerak..pastu masukkan kentang, sedikit air dan bawang putih, ready utk masuk oven..

BAKED CHICKEN by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam - potong 4
  • 1 biji kentang - potong kiub
  • 3-4 ulas bawang putih - ketuk sekali dengan kulit
  • 1/4 cawan allpurpose flour @ tepung gandum *
  • 1/2 sudu kecil serbuk bawang/onion powder *
  • 1/4 sudu kecil serbuk cayenne/cayenne pepper *
  • 1/2 sudu kecil italian herbs *
  • 1/2 kiub pati ayam - ramas sikit
  • sedikit extra virgin minyak zaitun
Cara

1. Panaskan oven suhu 200 C.
2. Cuci ayam dan toskan, kemudian lumur ayam dengan sedikit garam.
3. Satukan semua bahan bertanda *, kemudian lumur pada seluruh ayam.
4. Dalam kuali leper (maz guna kuali yang boleh masuk terus dalam oven), panaskan 1-2 sudu besar minyak zaitun, masukkan ubi kentang dan masak biar sedikit perang, angkat dan ketepikan.
5. Dengan kuali yang sama, panaskan sedikit lagi minyak zaitun, masukkan ayam dan masak 2-3 minit biar sedikit berkerak dikedua bahagian, masak sampai habis kemudian padamkan api.
6. Masukkan sedikit air dalam kuali ayam tadi (dalam 1/2 cawan ke), bawang putih, kiub pati dan ketang, letak sehelai aluminium foil atas kuali, masukkan dalam oven dan masak selama 30-35 minit.
6. Aluminium tu tak perlu balut, letak gitu je, selepas 15 minit, siram sikit ayam dengan airnya agar meresap dalam seluruh ayam.

maz guna ayam kecik je, biasa duk beli ayam 1 ekor saiz 1kg atau 800g-900g..sedap mkn ayam kecik2 ni..bila xde idea nk msak apa, menu gini la yg jdi penganti..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...