Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, January 6, 2016

Kerapu Kukus Nyonya Style Ala Chinese Restoran

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nasi Yunus ketika dlm perut ikan, sama2 kita amal baca dikala keresahan atau dlm masalah, semoga sentiasa dlm lindunganNya..
mengupdate lgi la, rsa happy sangat klu folder tu dh surut skit..menu ikan la plak, skrang ni kerap jgk duk beli ikan kerapu ni, ye la asik ayam dgn daging je muak jgk deh..anak pun dh mula nak mkn ikan wpun sikit2, sekli lagi cuba berilham masak berdasarkan dri apa yg dimkn kat kedai..ikan kukus nyonya style ni ilham dari ikan yg maz mkn masa blik Msia hritu kat restoran chinese muslim Hj.Sharin Low kat Shah Alam, dekat kawasan jakel seksyen 7 tu..dri dulu pun suka pergi mkn kedai ni, harga pun berpatutan sangat, masakannya pun sedap..selain dari udang butternya, menu ikan kukus nyonya ni pun menu pemes restoran tu..memang sedap masak stail gini, maz rekmen sangat..xmuak dan rsanya unik sikit sbb rencah utk kuah tu masuk serai dan halia yg bnyk, sambil mkn tu memang duk amati betul2 la kuahnya apa bahan yg diguna, dripada rasanya tu ada rasa serai dan halia..jdi dari situ la cuba expiremen masak sdrik plak ni, dan ni la hasilnya..wlau pun xsama 100%,, tpi bleh la deh..suami pun kata sedap dh, abangngah pun mkn..dh 2x la buat, ni pun kejdian awal bln 12 haritu lgik..cuma bru turnnya nk tepek kat sni, Inysaa Allah sampai jumpa lagi dan maaf atas segala yg tidak sempurna..

KERAPU KUKUS NYONYA STYLE ALA CHINESE RESTORAN by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan kerapu saiz sederhana
  • 2-3 inci halia *
  • 2-3 batang serai *
  • 1 inci kunyit *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 labu bawang besar *
  • 1 biji cili merah *
  • 2 sudu besar minyak
  • sayuran - bendi, tomato @ terung, nenas 
  • sedikit garam, gula secukup rasa dan aji jika suka
Cara

1. Rendam ikan dengan air asam jawa sekejap, kemudian bersih dan toskan.
2. Panaskan pengukus dengan air mendidih, masukkan ikan dalam pingan atau bekas yang sesuai dan kukus hingga masak, dalam 13-15 minit atau bergantung pada saiz ikan.
3. Sementara itu, kisar lumat semua bahan bertanda * dengan sedikit air.
4. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sekejap, masukkan sedikit air (jangan banyak ye, sebab kuah ni pekat gitu), masak biar mendidih lama sikit.
4. Masukkan semua jenis sayur dan perasa secukup rasa, masak sekejap lagi sekadar sayur layu sikit je, kemudian tuang atas ikan yang telah dikukus tadi.
5. Boleh la dihidang bersama nasi putih

Nota ilhamdapur : air dalam pingan kukus ikan tu maz buang dulu baru letak kuah, sebab tak nak rasa asal kuah tu berubah, boleh juga guna ikan siakap, sayur tu boleh masukkan terung juga sebab kat restoran tu masa maz makan dalam kuahnya ada terung sekali, kacang bendi dan nenas, tu maz letak apa stok yg ada, minyak jangan guna banyak.

kat restoran tu nama ikan ni stom nyonya rsanya, asalnya nk oder ikan sweet sour..pastu budak yg amik oder tu rekmen menu ikan ni, katanya sedap..tu yg kami oder, memang sedapp..aroma serai dan halia buat ikan kukus ni lain dari ikan kukus cara thai, membangkitkan selera..pastu ada plak sayuran skli, xpayah lauk lain dh..ckup buat mkn nasi bertambah2 ni..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...