Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, January 21, 2016

Kerapu Masak Kicap

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni' (Ya Allah
Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku)
bertemu skli lagi, ada masa terluang skjap ni update je la dlu mna yg bleh..berderet lgi gambar dlm folder tu, kerap plak menu ikan akhir2 ni..masak pun ikut mood jgk..tetiba asik beli ikan plak, mungkin sbb anak pun dh mula nk mkn ikan..kerapu ni pun beli skli dgn ikan yg buat bakar kicap sblum ni, klu masak kicap gini memang menu terlalu kerap sangat duk buat kat rmah ni..sblum dan selepas yg ni pun dh xthu berapa kali duk masak kicap kerapu atau ayam..suami suka la plak mkn ikan kerapu ni..Inysaa Allah jumpa lagi, semoga Allah swt guide us to the straight path dan mohon maaf atas segala yg tidak sempurna..

guna kerapu merah ni, tu ikan npak mcm hangus skit warnanya bila dh msak..tpi memang sedap pun garing2 deh..rangup, npak xcantik la plak ikan bila dibuang segala sisik tepi tu, botak jdinya..klu suruh depa siang memang licin hbis digunting buang..

KERAPU MASAK KICAP by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan kerapu,  maz guna kerapu merah
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 1/2 labu bawang besar - hiris
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1/2 biji tomato - hiris
  • sedikit lada bengala @ cili hijau
  • kicap manis secukupnya
  • sedikit garam, gula dan aji jika suka
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Lumur ikan dengan sedikit garam kunyit.
2. Panaskan minyak untuk mengoreng secukupnya, goreng ikan seperti biasa hingga garing dikedua bahagian, angkat ketepikan.
3. Dengan kuali lain, panaskan 2-3 sudu besar minyak, masukkan bawang putih kemudian masukkan kicap dan semua jenis sos.
4. Masukkan sedikit air, lada bengala/cili hijau, bawang besar, tomato dan perasa secukup rasa.
5. Masak biar mendidih sekejap, kemudian boleh la dituang atas ikan goreng tadi.

xde lauk lain pun tkpe dh, ckup dgn ikan ni je..masak kicap ni kira lauk yg sedap dan mudah deh, tukang masak ni suka je msak ringkas gini..kekadang tu xde idea jgk nk msak apa kan, kat rmah ni lauk utk tghri je..ptg atau mlm kena pkir buat menda lain plak..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...