Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, January 18, 2016

Chapati (Homemade)

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar' (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan selain Allah).
skli lgi nk cuba buat apa yg dimkn kat luar..kerap sangat duk layan capati atau roti naan kat kedai, skli sekala buat sdrik la plak..sbnarnya 2 hri berturut2 bercapati ni, ada stu mlm tu tetiba dtg ilham nk buat capati..lalu menguli la, buat 1 cwn tepung je..ye la mlm xmkn bnyk kan..pastu buka sardin 1 tin..xsangka laku la plak, buat mudah2 je..xde niat nk amik gambar pun, pastu esknya buat lagik atas permintan utk mkn ptg..yg ni maz gandakan sukatan yg 1st tu sbb dpt brapa keping je dan bru la snap sbb buat kari kambin skli, puas hati sungguh! capatinya pun lembut, bleh la utk mkn anak beranak tu deh..ada satu restoran yg kami mkn awal bln hritu capatinya punya la nipis, xthu mcmana dia canai..nipis sungguh, mcm kertas je..mkn 5 keping pun bleh hbis..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas segala kekurangan..

layan dgn kari kambing ala india la jgk, Inysaa Allah update next n3 plak kari tu..nk jgk mkn sma mcm kat kedai, ada sayur mentah sebagai ulam..memang sedapp! semua umat kat rmah ni dh jdi peminat setia dgn gaya mkn cicah2 gini..

CHAPATI (HOMEMADE) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 cawan allpurpose flour *
  • 1/2 sudu kecil baking powder *
  • 1/4 sudu kecil garam *
  • 2 sudu besar susu cair
  • 1 sudu besar minyak sayur
  • air secukupnya
  • tepung untuk tabur masa canai secukupnya
sedikit panduan cara maz buat capati ni, doh tu jgn keras ye sbb akan tabur tepung lagi masa canai..masak biar npak mengelembung sikit kemudian baru balikkan..pastu terus bungkus dalam tuala dapur yg agak tebal agar tak masuk angin..

Cara

1. Dalam mangkuk sebatikan bahan bertanda *, kemudian buat lubang sikit kat tengah dan masukkan susu segar, minyak dan air sikit-sikit sambil diuli biar jadi doh yang lembut, tak perlu uli lama macam nak buat donat, cukup sekadar sebati je.
2. Tutup mangkuk dengan pinggan atau plastik dan rehatkan selama 30-40 minit.
3. Bulatkan ikut saiz yang dikehendaki, tabur tepung secukupnya dan canai nipis sambil ditabur tepung sikit-sikit agar tidak melekat dipapan canai, canai bentuk bulat biar nipis gituw.
4. Tabur sikit tepung atas doh yang dicanai agar tidak melekat bila letak doh bertindih atau boleh terus masak sembil canai doh yang seterusnya.
5. Panaskan kuali non-stick yang tebal sikit dan guna api sederhana, letak sekeping dan tunggu biar mengelembung macam dalam gambar diatas, kemudian baru balik dan masak biar sedikit kekuningan atau perang.
6. Angkat dan bungkus dalam tuala tebal atau bekas tahan panas agar chapati tidak keras dan kekal segar.
7. Sedia untuk dinikmati dengan kari atau lauk pilihan.

bahan pun simple je, nk buat pun mudah sangat, berbaloi2 buat sdrik..mkn pun sedap, yg buat memula tu maz xrehat pun doh tu sbb nk cepat..ok jgk, cuma yg perap ni capati lagi soft dan mudah kembung masak masak..

1 comment:

  1. sy nak makan capati kalu kena pergi kedai sebab fail menguli.. huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...