Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, January 26, 2016

Ayam Goreng Bumbu

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma ajirni minan nar' (Ya Allah pelihara aku dari api neraka), sama2 kita amal baca 7x selepas solat subuh sebaik saja bagi salam..
bertemu skli lgi, ada peluang ni update je la..biar surut skit gambar dlm folder tu, ni pun kejadian awal bln 11 lgik, msa mood tgh rajin duk cuba masakan dri tanah seberang..ayam bumbu ni mcm ayam penyet jgk..saja letak nama gitu sbb xbuat set yg lain, jdi la ayam bumbu..versi udang bumbu ada kat sini, memang sedap ayam panas2 layan dgn nasi putih..bumbunya pun krup krap gituw, ayam tu direbus biar masak dulu dengan bahan tumbuk agar isinya tidak rsa plain je dan goreng sekejap pun takpe sbb dagingnya dh masak..sedap mkn yg panas2 tu, skli lgi mohon maaf atas segala khilaf, semoga Allah swt guide us to the straight path dan Inysaa Allah jumpa lagi..

ayam saiz kecik je maz guna sbb memang duk beli ayam kecik, biasanya 800-900g seekor..sni ayamnya dijual ikut saiz yg dh siap dibungkus, memang sedap la mkn ayam kecik ni..

AYAM GORENG BUMBU by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam - potong 4
  • 1/2 inci kunyit *
  • 1/2 inci halia *
  • 4-5 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 biji buah keras *
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2 helai daun salam/bay
  • 2-3 sudu besar tepung beras
  • 1 kuib pati ayam 
Cara

1. Cuci ayam dan toskan.
2. Tumbuk lumat bahan bertanda *, lumur ayam dengan sedikit garam dan bahan tumbuk termasuk dicelah kulit, perap selama 30 minit.
3. Didihkan air dalam 3 cawan bersama daun bay dan kiub pati, kemudian masukkan ayam dan rebus hingga ayam masak.
4. Keluarkan ayam, simpan dalam 1/2 cawan air rebusan untuk buat bumbu, amik air rebusan yang berhampas tu, maksudnya yang kat bawah.
5. Satukan air rebusan ayam dengan tepung beras, bancuhan ni biar cair gitu.
6. Panaskan minyak secukupnya, celup ayam dalam bancuhan tepung dan goreng hingga garing dikedua bahagian, angkat dan toskan.
7. Untuk buat bumbu, sudukan tepung dan tuang sikit-sikit secara merata dalam minyak, biar masak hingga perang, angkat dan toskan.
8. Letak ayam dalam pinggan bersama timun atau kobis jika suka, ramas sikit bumbu jika berketul dan taburkan atas ayam, sedia untuk dihidang bersama nasi putih dan sambal belacan.

meratah pun sedap, air rebusan ayam tu klu nk buat sbgai sup pun bleh..anak2 memang suka la klu ayam goreng gini..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...