Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, January 18, 2016

Tomyam Cair (Udang)

Assalamualaikum w.b.t 'Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardi wala fis sama' wa huwa sami'un alim' (Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), sama2 kita amal baca doa ni sblum kluar rumah atau setiap pagi dan ptg, semoga kita sentiasa dlm lindunganNya..
tomyam jenis cair la plak, sbnarnya dh bertahun xbuat tomyam gini..biasa duk buat tomyam versi masuk santan tu..ni pun tomyam bln 12 lgik!epas balik dri umrah..boleh buat versi cair ni sbb ada satu hri tu suami xsihat, suami mintak sruh buat jenis berkuah..nk hirup yg panas2 tu katanya..suami ni memang peminat setia klu tomyam, puas hati la dia dpt hirup tomyam ni..tukang masak ni memang suka bnar la klu masak tomyam..mudah sangat! sayur pun main masuk je apa yg ada, udg maz buang kulit semua..senang sikit org demam nk mkn kan..sama je mcm tomyam yg duk buat selalu tu, guna paste thai jgk..cuma letak sikit dan xmasuk santan..nk makan dgn nasi pun bleh, ada plak telur dadar..jdi dh kan..maaf atas segala yg tidak sempurna dan Inysaa Allah semoga jumpa lagi..

TOMYAM CAIR (UDANG) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 8-10 udang saiz besar,  maz buang semua kulit
  • 1-2 batang serai - ketuk *
  • 1 inci lengkuas - ketuk/hiris *
  • 1 sudu besar paste tomyam, maz guna paste thai *
  • 4-5 helai daun limau purut - kocak sikit
  • 1/2 labu bawang besar 
  • sedikit sayur - maz masuk bunga kobis, sawi, tomato
  • garam ,gula secukup rasa dan sedikit aji jika suka @ serbuk pati
  • sedikit daun ketumbar, cili padi - tumbuk sikit
Cara

1. Dalam periuk masukkan air secukupnya, semua bahan bertanda * dan masak hingga mendidih (air maz tak letak banyak, dalam 1/2 liter lebih sikit), tak nak nanti hilang rasa manis udang dan sayur).
2. Masukkan semua bahan lain kecuali daun ketumbur dan perasa secukup rasa, masak sekejap lagi biar udang masak dan sayuran sedikit lembut.
3. Bila nak hidang tabur sedikit daun ketumbar dan letak cili padi.

tomyam kat dpur ni xleh nk pisahkan! memang kerap sungguh..bleh kata tiap2 minggu mesti buat tomyam, cuma xamik gmbar dh..ye la menu sama je kan, Inysaa Allah utk tghri ni pun dh plan nk masak tomyam jgk..

1 comment:

  1. TomYam cair pulokkkk...asal tomyam mesti anak2 suka..Alahai lama x buat tomyam kat umah kita ni maz..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...