Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, January 5, 2016

Sup Tulang Cara Bonda

Assalamualaikum w.b.t..'Assalamualaikum w.b.t..'La ḥawla wa laquwwata illa billah' (tiada daya upaya melainkan padaNya jua la tempat berserah)
bertemu skli lgi, apa kbar semua..akhirnya bru dtg semangat tu, bila dh lama skit cuti berblog ni, mula la rsa malasnya nk start..blik dri umrah dh berminggu2, cuma mood rajin tu yg xdtg2..pgi ni bru rsa ada mood skit..Alhamdulillah atas segala nikmatNya, perjlnan umrah yg dilalui ckup indah..firman Allah swt dlm surah Al Ankabuut ayat 69, kena usaha apa yg kita nak..semoga kita semua diberi peluang utk menjadi tetamuNya..sup tulang ni pasangan udg telur masin dan sayur campur sblum ni, kira pasangan yg sesuai la deh..menu ala kedai gituw, nk bercerita panjang pun idea xde sangat ni..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas segala kekurangan yg ada..

SUP TULANG CARA BONDA by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg tulang 
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 sup tulang bunjut
  • 2 batang celery - potong serong
  • 1 biji tomato - belah 6
  • 3-4 ulas bawang merah - mayang 
  • 1/2 inci halia - mayang
  • 2 ulas bawang putih - mayang
  • 1 kayu manis, 3 bunga cengkih, 3 bunga lawang, 3 biji buah pelaga (rempah 4 sekawan)
  • garam, gula secukup rasa dan sedikit aji jika suka
  • sedikit jus lemon/limau nipis, cili padi, daun sup/bawang
Cara

1. Didihkan air secukupnya (dalam 1 liter ke) dalam periuk tekanan bersama halia ketuk dan sup bunjut, kemudian masukkan tulang dan sedikit garam.
2. Tutup periuk dengan sempurna dan masak dengan api perlahan selama 40 minit, buka tutup seperti arahan, masukkan celery dan masak sekejap sekadar layu.
3. Masukkan bawang dan tomato, perasa secukup rasa.
4. Dalam kuali bersih, panaskan 1-2 sudu besar minyak sayur, masukkan rempah 4 sekawan dan bahan mayang, goreng hingga perang, angkat dan masukkan dalam periuk sup bila nak hidang.
5. Sendukkan sup dalam mangkuk, perah jus limau secukup rasa, tabur sedikit daun bawang, daun sup, cili padi dan sedikit bawang goreng tadi.

biasanya klu buat sup maz rebus gitu je, ni pun rebus jgk tulang tu..cuma goreng rempah 4 sekawan dgn bawang asing, pastu bru buh dlm sup yg dh masak mcm bonda buat msa kat kampung dulu, ingat lagi zaman kecik dlu lapik bangku klu tolong bonda masak..ada la jgk tolong goreng bawang ni klu bonda buat sup..memang kerap jgk buat sup kat rumah ni sbb suami suka hirup kuah, kekadang buat sup sayur..tapi xtumis, main lebur gitu je sbb xnk berminyak..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...