Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, November 25, 2010

Spaghetti Meatballs

Assalamualaikum...ni buat utk anak2..kita asik duk msk udg nga kmben je..anak2 xmkn udg klu dibuat lauk2 ni...kbtulan tgk Rachael Ray msk kat tv..dia msk stail senang je kan..main cmpak2 gtuw je..tpi cmpak2 dia msyuk..cmpak kita msyuk jgk..msuk dlam perut..alhmdlillah..kenyang kan..hehee..pas tgk mokcik tu buat spghti mtball..kita pun msuk dpur duk main cmpak cra kita la plak..buat ikut apa stok yg ada..asalkan ada ghupe dan rsa..tpi cmpak2 pun sdppp la mumy anak bngsu kita ckp..baba dia kata..pandai plak kipas mumynya tu..kihkihh..xkisah la dik..janji adik mkn..rspi kat bawah ni kita buat vrsi mudah2 je..Rachael buh mcm2..lgipun depa msk2 kat tv ni bknnya ada tlis rspi..cma ckp je..kita pun main hentam la jgk..xde sukat2..layan je la ye..

ni versi yg telah digaul2..sudu je msuk mulut..cdppp jgk mkn skli skala kan..
Spaghetti Meatballs
Bahan-bahan

Bebola Daging
  • 200g daging kisar - bukan yang sejuk beku ye, daging segar yang dikisar
  • 1/2 labu bawang besar - dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • sedikit garam dan lada hitam (tumbuk biar halus sikit)
  • sedikit daun parsly - dicincang
Cara :
1. Satukan semua bahan dan gaul sebati. Bulat-bulatkan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan. Maz bakar dalam 20 minit dengan suhu 170 C. Ketepikan (kalau tak nak guna boleh disimpan dalam sejuk beku)


Sos Spagheti
  • 1 biji buah tomato - didadu kecil
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 2 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1/2 cawan sos spagheti - maz guna sos kimball tradisional
  • 1/2- 1 cawan stok ayam - rebus tulang2 ayam gtuw, masukkan garam sikit atau serbuk pati ayam @ boleh juga guna air
  • sedikit lada benggala (kapsikum) - dipotong kecil
  • sedikit daun oregano - yang dalam botol tu
  • sedikit lada hitam (tumbuk biar halus sikit)
  • sedikit extra virgin minyak zaitun
  • spagheti yang telah direbus secukupnya - cara rebus : panaskan air, bila air mendidih masukkan sedikit garam dan minyak zaitun, masukkan spagthi dan rebus sehingga lembut (dalam 20-30 minit), kemudian toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun lagi dan daun oregano. Ketepikan

Cara :
1. Panaskan 3-4 sudu besar minyak zaitun (guna api perlahan) masukkan bawang putih, goreng seketika. Masukkan bebola daging dan goreng sehingga keperangan. Kemudian masukkan bawang besar. Masak sehingga bawang layu.
2. Masukkan buah tomato, lada benggala, kacau sekata. Kemudian masukkan sos spagthi. Biar seketika dan masukkan stok ayam. Perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit gula, garam (jika perlu). Masak sehingga sos pekat.
3. Boleh la dihidangkan dengan spagthi yang telah direbus samada gaulkan terus spagthi dalam sosnya atau letak sos kemudian.

7 comments:

  1. maaaaaaz,ni tengah jerit lompat2 nih,sedappppnya..nape dok sana asek masak je..rajinnya maz

    ReplyDelete
  2. salam maz .... wahhhh maz pun masak spaghetti meatballs ye .... khai baru je minggu lepas buat untuk h/mate ..... puas hati kan kalau masak sendiri ni ...lebih2 lagi masak untuk anak2....

    ReplyDelete
  3. Huk alohhh..

    Favourite saya ni kak maz

    ReplyDelete
  4. Salam K.Maz..
    Sedap nye....klu nk pedas dok cmpk cili api lg kowww kan..??? baru kena gan tekak kita org melayu...hihihi!!
    Mesti cube ni..TQ K.Maz bagi idea..!!

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Slmlkm...

    Laa..kalo tau ada spageti awai2 lagi mai buka saji kat cni...:D Smoga Maz skluarga dberkati Allah slalu.

    T8 care.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...