Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, February 2, 2016

Cucur Badak..Versi Udang Lagi

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim' (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung), 2 kalimah yg ringan dilidah, berat ditimbangan Mizan, sama2 kita amal baca selalu sebagai zikir harian, may Allah swt make us among those who remember Him much..
skli lgi cucur badak versi ada udang duk baring, maz pun nk thu jgk mcmana ye kue ni dpt nama cucur badak..xde rupe badak pun, kat mna kaitan kue ni dgn badak tu..kut ada sapa2 yg bleh share sejarah kue ni..badak pun badak la deh, asalkan sedap! kue yg bleh kata kerap sangat la duk buat, stok utk bekpes atau klu buat puasa gak kue ni la yg selalu ada..klu kuih2 manis atau kukus tu umat kat rumah ni kurang minat, tu yg jarang buat..klu kue goreng gini bleh mkn banyk, goreng sepingan pun licin..kue ni pun dh berzaman la jgk kejadiannya, masa musim ada udg kecik thun lepas..skrang ni udg kecik xde jual dh..semua udg gedebak2 je, Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas segala yg tidak sempurna..

CUCUR BADAK (VERSI UDANG)  by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 700g keledek - cuci bersih, potong
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 1/4 sudu kecil baking powder 
  • all purpose flour @ tepung gandum secukupnya
  • udang kecik secukupnya - buang kepala, toskan biar kering/lap dengan tisu
Cara

1. Rebus keledek dengan sedikit garam hingga lembut.
2. Bila dan masak, buang air rebusan dan sejukkan sepenuhnya, kupas kulit, tumbuk lumat.
3. Dalam bekas, satukan keledek, tepung beras, baking powder dan sedikit tepung, dalam 1/2 cawan dulu, kemudian gaul dan tambah tepung sikit-sikit jika perlu biar jadi doh lembut.
4. Ambil segengam, leperkan atas telapak tangan dan isi inti, kemudian cantumkan biar kemas, tekan sikit dengan hujung jari biar jadi leper kemudian letak udang, tekan sikit dan susun dalam loyang atau pinggan biar bahagian yang ada udang dibawah.
5. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana, goreng dengan letak bahagian yang ada udang dibawah, bila dah sedikit perang baru terbalikkan (tujuannya agar bila goreng udang tidak tercabut).
6. Kalau dah letak udang kena terus goreng ye, kalau nak simpan atau sejuk beku jangan letak udang dulu.

Inti
  • 2 cawan kelapa parut
  • 3-4 ulas bawang merah*
  • 2 batang serai - hiris nipis*
  • 3-4 sudu besar cili kisar
  • 1/2 cawan udang geragau @ 1 sudu besar udang kering
  • gula dan garam secukup rasa
Cara

1. Kisar semua bahan yang bertanda * bersama sedikit air sehingga lumat.
2. Dalam kuali masukkan bahan kisar, bahan-bahan lain serta sedikit air, kacau sebati dan masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala.
3. Masukkan gula dan garam secukup rasa dan masak sehingga kering, sejukkan dan kalau tak habis boleh difrozen.
4. Kalau guna udang kering, kisar bersama bahan *.

tgk yg ni terasa nk mkn la plak, memang sedap dpt yg masih suam2 tu..buat sdrik ni puas hati..terasa keledek, lama dh jgk xbuat cucur badak ni..awal thun hritu ada buat inti, tpi guna buat pulut panggang je, kena cri kelapa la plak..kelapa frozen pun dh hbis stok..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...