Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, March 2, 2016

Lontong

Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma ajirni minan nar' (Ya Allah, pelihara aku dari api neraka), sama2 kita amal baca 7x selepas solat subuh sebaik saja bagi salam..semoga Allah swt tunjuk apa yang terbaik buat kita dan sentiasa teguh di atas jalanNya yang lurus, Ameen
bertemu skli lgi, kayuh slow2 la dlm mood yg xberapa nk cergas plak kebelakangan ni..malas bnar nk menaip, layan lontong ni la dlu sbb c&p je dri resipi sblum ni, yg lain2 lgi tu kena taip resipi! wken hritu prgi asian store, beli tempe 1 paket..tempe ni dri indon, tu yg buat lontong ni..kira dh langar menu diet la jgk ni..tkpe la, pastu sambung blik diet tu, skli sekala deh! suami dgn anak2 klu mkn lontong ni hirup sampai ke kuah, masa tumis tu wangi je sbb masuk jintan manis sikit..memang sedap, Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas segala khilaf..

LONTONG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3-4 cawan santan 
  • 2 ulas bawang merah 
  • 1/4 sudu kecil jintan manis/fennel seed 
  • sedikit serbuk kunyit @ boleh guna kunyit hidup - tumbuk bersama bawang
  • sayuran secukupnya - kubis, kacang panjang, lobak merah, tauhu, tempe, cili merah 
  • udang segar secukupnya - buang kulit
  • garam, gula dan aji sikit jika suka 
  • nasi impit dan sambal cili kering 
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Tumbuk lumat bawang merah, jintan manis dan kunyit hidup jika guna.
2. Panaskkan sedikit minyak (dalam 1 sudu) dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
3. Masukkan santan, serbuk kunyit (jika perlu) dan masak hingga mendidih sambil dikacau selalu, kemudian masukkan semua sayur kecuali udang. 
4. Masak biar sayur lembut sikit, masukkan udang dan perasa secukup rasa.
5. Boleh la dihidang dengan nasi impit dan sambal.

semua umat kat rumah ni suka lontong, kuah maz buat cair sikit..xsuka la plak klu pekat2, pastu ada sambal sotong kering yg lebih mkn dgn nasi lemak pgi sblumnya..jdi la tu deh! masa buat sambal stun tu xsnap pun, mood xberapa rajin nk pegang kamera..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...