Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, November 25, 2015

Kerabu Daun Kangkung Thai Style, Appetizer Yang Sedap Dan Unik Sikit..

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim' (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung), 2 kalimah yg ringan dilidah, berat ditimbangan Mizan..bertemu skli lgi, mcm bersemangat plak pgi ni..tpi keje kat dpur tu bnyk yg duk menanti..kembali dgn gambar lama, lgi ilham dari apa yg dimkn kat kedai..gitu la tabiat mokcik ni deh, tpi kerabu ni dh berzaman duk peram dlm folder..kejdian dri kerepek daun kangkung dlu, ada kat sini..cuma xterupdate awal yg ni, pernah dedulu mkn kerabu gini kat satu kedai thai tepi jln di kg Pandan Dalam klu tak silap, memang sedap kerabu daun kangkungnya dan hanya kat kedai tu je maz jumpa kerabu mcm ni..dh lama duk teringin nk buat, tpi idea utk berexperimen tu belum dtg, hingga la kejadian lepas experimen resipi batter yg duk guna selalu tu, jdi dri situ maz cuba recall blik rasa kerabu yg pernah mkn satu ketika dlu..ingat apa yg diguna utk sosnya tu, pastu bru didtgNya ilham utk buat kerabu daun kangkung versi manis ni..memang sedapp la mkn kerabu ni, rasanya agak lain dari kerabu biasa yg jenis pedas atau masam tu..semoga jumpa lagi, Inysaa Allah dan maaf atas segala yg tidak sempurna..

tepung utk celup daun ni memang xbleh tebal, nanti kurang sedap...makan tu rasa xnak stop, dgn rangup daun dan manis sos bersama isi ayam..agak unik jgk kerabu thai ni..Alhamdulillah semua dgn izinNya..

KERABU DAUN KANGKUNG THAI STYLE by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • daun kangkung secukupnya - cuci, toskan
  • 1/2 cawan tepung beras 
  • 1/4 cawan allpurpose flour 
  • 1 sudu kecil baking powder 
  • 50ml susu segar 
  • 1/4 sudu kecil yis kering - larutkan dalam 2 sudu besar air suam 
  • 1-2 titik pewarna kuning 
  • air sejuk peti secukupnya @ air biasa pun ok, sbb nak masuk peti pulak
  • sedikit garam 
Cara

1. Dalam mangkuk satukan bahan kering, kemudian masukkan susu segar, yis, pewarna dan air (air tu masuk sikit-sikit, maz tak sukat pun, adunan ni cair gitu, cair lagi dari bancuhan goreng pisang), kemudian simpan dalam peti selama 4-5 jam atau semalaman, maz bancuh malam untuk guna esok.
2. Panaskan minyak secukupnya, masukkan daun kangkung dalam adunan, amik sehelai-sehelai, masukkan dalam minyak panas, jarakkan masa goreng baru tak melekat. 
3. Goreng hingga garing dikedua bahagian, angkat dan toskan, buat sampai habis.
4. Bila nak hidang tuang sos manis atasnya dan sedia untuk dinikmati. 

Sos Manis
  • 1/2 cawan thai palm sugar (nisan putih thai)
  • 1 sudu besar cili kisar, jangan guna cili boh ye
  • 2 sudu besar daging ayam yang dicincang - celur sekejap, toskan 
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 1/2 cawan air @ secukupnya 
  • secubit garam @ nampla (kicap ikan)
Cara

1. Satukan semua bahan diatas kecuali isi ayam, masak hingga mendidih dan nisan larut.
2. Masukkan isi ayam dan masak dengan api sederhana biar sos jadi pekat sikit, suaikan rasa kalau kurang manis tambah nisan putih sikit lagi atau air jika perlu, maz buat main agak gitu je, tak sukat pun, sejukkan sepenuhnya sebelum dituang atas kerepek daun kangkung.

Nota ilhamdapur : untuk sos manis tu mesti guna nisan thai, baru sos akan jadi pekat dan warna merah, nisan yang dalam gambar tu nampak sedikit keras sebab maz simpan dalam peti, nisan tu lembut sangat, macam pes gitu, kat sini senang dapat barang thai ni seban orang siam ramai.

utk sosnya tu mesti kena guna thai palm sugar, klu guna nisan kita xjdi pekat dan sos akan jadi warna hitam bukan merah..masakan thai memang bnyk guna nisan putih dia tu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...