Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, September 18, 2016

Ayam Karamel

  Assalamualaikum w.b.t 
Dari Aisyah ra : 'Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan solat sunnat Fajr samada semasa di rumah atau ketika bermusafir' "Sabda Rasulullah saw, 2 rakaat sunnat Fajr (sebelum solat subuh) adalah lebih baik dari segala isi dunia, Sahih Muslim", semoga kita istiqomah dan Allah swt bless us, guide us to the right path dan grant us, all our parents ultimately Jannah, Ameen.
bila cuti mula rsa berat nk update blog, cuci mata je la deh dgn cerita ayam ni yg dh lama sangat..buat hjung bln 3 lgik! huhu, bnyk lgi gmbar2 dlm folder tu..cuma lepas buat tu akan terus tulis respi kat draf klu yg 1st, tkut xingat bila kena peram berbln2 gini..ayam ni seakan msak kicap je, cuma sosnya buat pekat..masuk tepung jagung dan ayam tu golek dlm tepung dlu sblum goreng, kat rmah ni hri2 kena ada lauk ayam sbb afiq tak mkn ikan, klu lauk ikan kena buat masam manis atau goreng kicap je bru dia nk mkn..tu pun kena paksa dlu, pening jgk duk pusing yg sama..tmbah kat sni barang mentah utk masak agak terhad, especially sayur..hnya ada kangkung dan bayam je klu sayur daun..InysaaAllah jumpa lagi dan maaf  khilaf yg ada..

Bahan-bahan
  • 1 ayam - potong saiz sederhana
  • 1 sudu kecil kicap manis
  • 1 sudu kecil kicap ikan/nampla
  • tepung serbaguna secukupnya
Sos
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1/2 inci halia - cincang
  • 1/2 labu bawang besar - dadu kasar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan 1 cawan air
  • sedikit kicap manis
  • gula, garam dan aji jika suka
  • daun bawang secukupnya
  • sedikit bijan
Cara

1. Cuci ayam dan toskan, gaul ayam dengan kicap manis dan kicap ikan, ketepikan.
2. Panaskan minyak untuk menggoreng secukupnya, golek ayam dalam tepung dan goreng biar sedikit garing, angkat dan ketepikan.
3. Satukan bancuhan tepung jagung dengan sos tiram, sedikit kicap manis dan bahan perasa.
4. Dalam kuali lain, panaskan  sedikit minyak, tumis sekejap bawang putih dan halia biar naik bau, masukkan bawang dadu.
5. Masukkan bancuhan tepung jagung, terus kacau agar tidak berketul dan sos jadi berkilat.
6. Masukkan ayam dan daun bawang, kacau agar ayam sebati dengan sos (kalau pekat sangat, tambah air sikit dan masak sekejap lagi).
7. Tabur sedikit bijan dan sedia dihidang bersama nasi putih.

anak2 dan suami mkn siap menjilat jari, memang sedap! sesuai sungguh dgn citarasa umat kat rumah, memang suka lauk jenis manis dan itam gini..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...