Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, October 12, 2015

Sweet Sour Fish Fillet

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..lauk ni pun guna fillet ikan kerapu yg beli 1kg tu, klu masakan gini memang pabret 2 beradik tu..wpun guna isi ikan tapi sbb xnpak rupe ikan, jdi xde masalah la..tpi klu dibuat gulai xmkn la plak, memang layan la dgn nasi putih deh..xde lauk lain pun takpe, dah ckup sedappp..klu kat msia susah jgk nk dpt isi ikan ni kan, maz xbleh dgn isi ikan yg jual frozen kat pasaraya tu..kat sni pun ada jual, tpi xpernah bli..tekak ni xbleh terima..rsanya lain semacam, pernah beli dlu msa kat msia..bila dh defrost isinya jadi lembik mcm kain buruk, terus msuk tong sampah, xjdi nk msak..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas segala khilaf yg ada..

Sweet Sour Fish Fillet by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g fillet ikan, potong saiz 1 inci - maz guna isi ikan hamour @ kerapu
  • 1/2 cawan allpurpose flour/tepung gandum
  • 1/4 sudu kecil baking powder
  • 1 biji telur - kocok
  • 3 ulas bawang merah - tumbuk lumat
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • 6 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • garam/serbuk pati, gula secukup rasa 
  • 1 labu bawang besar - dadu kasar
  • 1 biji tomato - dadu kasar
  • 1 biji lada benggala 
  • minyak masak secukupnya
Cara

1. Cuci isi ikan dan toskan.
2. Dalam kuali panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng.
3. Masukkan tepung dan baking powder dalam plastik, goncang biar sebati, kalau nak letak secubit garam pun boleh juga.
4. Dalam mangkuk besar satukan telur dan ikan, gaul biar telur menyaluti isi ikan sepenuhnya.
5. Amik isi ikan dalam telur tadi dan masukkan dalam plastik tepung, goncang-goncangkan biar ikan bersalut dengan tepung sepenuhnya, kemudian masukkan satu-satu dalam minyak yang telah panas dan goreng biar sedikit garing dikedua bahagian, angkat dan ketepikan, goreng sampai habis.
6. Dengan kuali lain, masukkan minyak untuk menumis secukupnya, tumis bahan tumbuk biar sedikit layu kemudian masukkan lada benggala.
7. Masukkan semua jenis sos, bawang besar dadu, tomato, sedikit air dan kacau sebati, masak biar mendidih sekejap dan perasa secukup rasa dengan gula, garam atau serbuk pati.
8. Masukkan isi ikan, kacau balik dan masak biar ikan mesra dengan bahan sos.

klu nk guna isi ayam pun boleh utk masak ni..kat sini dlm pasar masih lgi guna alat penimbang jenis lama tu, yg guna batu sebagai pemberatnya..jdi mereka timbang tu main agak je, rasa mcm banyk plak guna penimbang gitu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...