Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, September 4, 2016

Masak Lemak Labu Dengan Udang

 Assalamualaikum w.b.t
'SubhanAllah 33x, Alhamdulillah 33x, AllahuAkbar 33x, La ilaha illallahu, wahdahu la sharika lahu, lahul-mulku wa lahul-hamdu, wa huwa `ala kul'li shai’in qadir 1x', zikir selepas solat fardhu sunnah Rasulullah saw. (Sabda Rasulullah saw : Barang siapa yang membacanya selepas solat fardu, akan dihapuskan dosanya walaupun sebanyak buih dilautan - Hadith Muslim), sama2 kita amalkan, semoga Allah SWT accept our good deeds, forgive our sins, our parents and bless us with His mercy, Ameen.
balik2 sama je gaya masak deh! kat sni sayur memang terhad, jdi duk pusing masak menda sama je la..kekadang tu labu ni campur dgn bayam, ni kebetulan kacang panjang ada dlm peti..masuk je la skali bgi berseri skit..xde la kuning je, masak lemak ni lauk hjung bln baru ni..pastu pasangannya buat sambal telur, jdi dh tu deh utk buat mkn nsi bertambah2..selamat berpuasa pada yg mengerjakan puasa sunat 10 hari di bln Zulhijjah hingga hari Arafah, InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak menyenangkan..

MASAK LEMAK LABU DENGAN UDANG by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan
  • 8 ekor udang saiz XXL
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 3  ulas bawang merah *
  • 1/2 inci kunyit *
  • 3 biji cili padi merah *
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1/2 inci lengkuas - ketuk
  • labu kuning
  • sedikit kacang panjang
  • garam, gula dan sedikit aji jika suka
Cara

1. Tumbuk lumat bahan bertanda *.
2. Dalam periuk satukan bahan tumbuk, air, labu, lengkuas dan serai, masak hingga labu sedikit lembut.
3. Masukkan santan, masak hingga mendidih sambil dikacau selalu, masukkan udang, kacang panjang dan suaikan secukup rasa.
4. Masak sekejap lagi biar labu lembut dan udang masak, padamkan api.

Nota ilhamdapur : klu guna kelapa segar, boleh juga kisar kelapa bersama kunyit, lengkuas dan air suam, pastu baru ramas amik santan..kat sini maz guna santan tin, tu yg main ketuk je lengkuas.

kat rumah ni memang kerap duk masak kuah kuning gini sbb anak2 mkn, tukang masak suka sbb xmuak..bonda pun selalu duk masak msa kecik2 dlu sbb salah satu kegemaran arwah ayah jgk gulai kuning ikan kembung atau ikan tongkol rebus, cuma versi bonda xmasuk serai..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...