Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, February 21, 2016

Lagi..Keropok Lekor (Homemade)

Assalamualaikum w.b.t..'La ḥawla wa laquwwata illa billah' (tiada daya upaya melainkan padaNya jua la tempat berserah), semoga kita sentiasa dlm lindunganNya, Ameen..
keropok ni pun lama sangat dh peram, tkpe la ye maz update la jgk wpun pic lama sbb dh ada dlm folder..Alhamdulillah puas hati sungguh dgn kejadian kerepok2 lekor homemade, ni dh lama jgk xbuat sbb xde npak ikan bilis tamban tu kat pasar..klu ada memang niat nk beli utk buat stok keropok ni, senang guna ikan tu, ikan kecik dan lembut..kisar memang hancur lumat, keropok ikan tamban memang sedap kan! resipi sama mcm yg updates sblumnya..kat sini ada gmbar buat keropok lekor ni, Inysaa Allah jumpa lagi  dan maaf atas segala khilaf..

SEKALI LAGI KEROPOK LEKOR (HOMEMADE) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan 
  • 350g bilis tamban seperti dalam gambar (timbang yang dah gunting buang kepala dan perut)
  • 200ml air - untuk kisar ikan
  • 1/2 cawan allpurpose flour
  • 250-300g tepung ubi (tapioca strach) @ secukupnya
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit serbuk lada sulah berperisa @ serbuk aji jika suka
Cara

1. Dalam pengisar masukkan air dan ikan, kisar hingga lumat, kalau tersekat masa kisar tu kacau dengan sudu atau kisar 2x.
2. Tuang dalam bekas, kemudian masukkan 2 jenis tepung dan bahan lain, kacau sikit bahan kering ni dulu guna hujung jari biar sebati.
3. Gaul semua biar sebati dan boleh tambah tepung ubi jika masih terlalu lembik, tapi kalau lembik sikit-sikit atau melekat pada tangan takpe sebab nati akan guna tepung lagi bila nak bentuk.
4. Tabur tepung ubi sikit dipermukaan yang rata, ambil sejemput dan campak-campak dulu adunan tu atas tempat buat tu untuk buang angin, kemudian bentuk bulat/gentel panjang dalam sejengkal sebesar saiz ibu jari, bila rebus keropok akan kembang dari saiz asal, jangan buat besar sangat nanti lambat masak atau tak masak kat dalam boleh menyebabkan keropok meletup atau pecah bila goreng, gentel sampai habis.
5. Didihkan air secukupnya, masukkan sedikit minyak masak dan rebus hingga keropok timbul lama sikit (jangan rebus banyak-banyak sekali masuk kalau periuk kecik, jangan rebus sampai bertindih), bila dah timbul angkat dan letak dalam loyang yang telah dituang sedikit minyak, goyang sikit loyang tu biar keropok bersalut dengan minyak, bila keropok yang dah masak makin banyak, tambah sikit lagi minyak.
6. Bila dah habis masak semua, bungkus loyang dengan plastik agar keropok tidak keras, jika nak goreng terus pun boleh.
7. Hiris nipis-nipis untuk digoreng seperti biasa, kalau tak habis goreng tutup loyang dengan plastik agar keropok tidak keras, kalau simpan dalam peti pun kena bungkus loyang atau boleh disejuk beku.

Nota ilhamdapur : ikan yang maz guna tu kecik je, tiada sisik serta tulang halus, memang hancur sepenuhnya bila dikisar. Untuk sukatan ni boleh dapat dalam 13-15 batang saiz seperti dalam gambar. Tepung ubi tu masuk masuk sikit-sikit dulu dan adunan ni jangan keras sangat, memang melekat sikit pada tangan, tapi bila dah tabur tepung ubi masa nak bulat tu ok la.

tgk keropok ni terasa teringin sangat, tpi ikan tu xde..kena tunggu wken ni la plak pergi pasar cari ada ke tak, mudah sangat buat keropok lekor dgn bilis tamban tu..

1 comment:

  1. Oh..sedap nye..nyum2
    Ibu sye bt dgn tepung sagu...dan guna air sejuk untuk elakkan patah ketika gentel dan ketika rebus...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...