Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, April 1, 2015

Chili Nachos

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar'..lama dh jgk rsanya xde menu mexican ni...kat rumah ni gitu la...klu dah start tu akan buat je smpai 3-4x dlu...pastu stopp...ni pun gitu la...bru mula balik...rspi lebih kurang je mcm yg duk buat sblum ni...buat utk alas perut mlm kelmarin...kira masih panas lgik la ni...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Chili Nachos by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kecil daging kisar segar
  • 1 biji tomato - dadu
  • 1 labu bawang besar bombay - dadu
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk paprika
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
  • 2 sudu besar pes tomato
  • 1/2 ketul kiub pati daging/ayam @ secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 1 helai daun bay
  • sedikit gula
  • plain tortilla chip secukupnya
  • mozzarella cheese secukupnya/cheese keping
Cara

1. Panaskan minyak zaitun, masukkan bawang besar, daun bay dan bawang putih. masak sekejap, kemudian masukkan daging dan masak biar daging keluar airnya.
2. Masukkan semua jenis rempah, kacau sebati,m  asukkan buah tomato, cili hijau dan tomato pes serta sedikit air (dalam 1 cawan).
3. Masukkan kuib pati, sedikit gula, masak biar mendidih sambil dikacau sekali sekala hingga kering. Sejukkan dulu - beef chili ni boleh buat awal.
4. Bila dah sejuk, ratakan tortilla chip atas loyang/casserole yang tahan panas, kemudian taburkan chili dan letak cheese secukupnya. 
5. Panaskan oven dan bakar dengan suhu 170 C selama 6-8 minit atau cheese cair.
6. Keluarkan dari oven, tabur salsa dan letak guacamole, sedia untuk dihidang ketika masih panas.

Salsa
  • 1 biji tomato - dadu
  • 1/2 labu bawang besar bombay - dadu
  • sedikit daun ketumbar - cincang
  • 1-2 cubit garam
Cara - Sebatikan semua bahan - boleh buat awal dan simpan dalam peti dulu.

Guacamole
  • 1 biji buah avocado masak
  • sedikit daun ketumbar (3-4 batang)
  • secubit garam
  • 1-2 sudu besar extra virgin minyak zaitun
Cara : Tumbuk biar hancur daun ketumbur, kemudian masukkan buah avocado dan tumbuk. Bila dan lumat masukkan garam dan minyak zaitun, kacau sebati. Bila dah letak nachos dalam oven boleh la buat guacamole ni, jangan buat terlalu awal kerana buah ni akan bertukar warna.

memang sedappp...tpi kena mkn terus la bila kluar oven tu...mcm biasa kat rumah ni semua peminat nachos ni...memang xmsuk dh chilis semenjak duk buat sdrik ni...nk buat pun mudah sngat...chili tu bleh buat awal...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...