Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, October 31, 2015

Asam Laksa

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar' (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan selain Allah), bersua kembali..agak kebizian skit 2-3 hari yg lepas, xdan nk update dapur maya pun..ni pun bru blik kluar pergi mkn lepas maghrib tdi..setelah sekian lama, bru ada menu laksa kat dapur ni..jujurnya memang kerap sungguh duk buat laksa ni sbb suami sukaaa sangat! 2 mangkuk besar pun dia boleh habis skli mkn..sedap sangat katanya, cuma xpernah snap gambar..sebabnya kalau hidang untuk suami tu mesti kena kuah yang panas mendidih tu, jadi klu nk posing kang sejuk plak..anak2 xmkn laksa ni, tu posing yg sdrik nk makan..maz plak biasanya klu mkn tu buh sikit je..pastu kejap lgik mkn plak..utk kuah maz rebus ikan dengan beberapa bahan yg buat kuah laksa ni lagi ummpp! wpun masuk kunyit, serai tapi xterasa pun dlm kuah laksa tu..lagi sedappp kuah laksa tu..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

ASAM LAKSA by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
Bahan A
  • 500g ikan kembung/sardin/tongkol
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1 inci kunyit hidup - hiris nipis
  • 1 inci lengkuas - hiris nipis
  • 3-4 tangkai daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan - belah
  • 3-4 keping asam gelugur
  • 1 inci nisen/gula melaka
  • sedikit garam dan gula
Bahan B
  • 5-6 ulas bawang merah *
  • 1 inci belacan bakar *
  • 1/4 cawan cili kisar - rebus cili kering, kisar
  • 2-3 keping asam gelugur
  • 1-2 kuntum bunga kantan
  • 4-5 tangkai daun kesum
  • garam, gula secukup rasa dan sedikit aji
  • timun jepun, bawang besar, cili padi merah/hijau, telur rebus
  • laksa yang telah direbus secukupnya
Cara

1. Cuci ikan bersih-bersih, masukkan air secukupnya dan rebus bersama semua bahan A hingga ikan masak.
2. Asingkan isi ikan dengan tulang, simpan air rebusannya.
3. Dalam pengisar, masukkan isi ikan dan bahan B yang bertanda * serta sedikit air rebusan ikan, kisar hingga lumat.
4. Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama air rebusan ikan jika masih berbaki, daun kesum, bunga kantan, asam gelugur, cili kisar dan tambah air secukupnya.
5. Masukkan garam, gula, sedikit aji jika suka dan masak hingga mendidih lama sikit dengan api sederhana.
6. Perasa secukup rasa biar ada rasa masam yang seimbang.
7. Boleh la dihidang bersama hirisan timun, bawang besar, cili dan telur rebus.

stok bunga kantan frozen stakat ni xputus lgi..blik hritu tu bawa dlm 1kg bunga kantan ni..stok utk nasi kerabu dgn laksa la selalunya..nasi kerabu pun kerap sangat duk buat, cuma xrajin nk snap..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...