Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa'nik mal wakil'..bertemu sekali lagi, sbenarnya nk update semlm..tpi klu dh cuti tu biasa la deh, xlekat sangat kat rumah, ni pun amik masa sekejap suami dan anak2 pergi solat jumaat..pestime masak gaya pakistan ni, tpi lauk ni kejadian 2 minggu sudah lagi..tu pun sbb mkn kat kedai pakisatan hjung bln haritu sambil tunggu anak habis kelas kat Discover Islam, jadi maz dgn suami msuk la mkn kari ni dgn roti tempayan..memang sedapp la cicah dgn roti tu, lepas mkn tu terus dtg ilham utk buat sdrik plak, gitu la tabiat tukang masak ni, klu boleh apa yg dimkn tu mesti nk cuba buat jgk..Alhamdulillah semua dgn izinNya, suami kata dh jdi mcm yg kat kedai tu..anak2 pun suka..Inysaa Allah jumpa lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada..
Bahan-bahan
- 1kg ayam - potong saiz sederhana
- 2 labu bawang besar - cincang
- 3 ulas bawang putih - tumbuk lumat
- 1 inci halia - tumbuk lumat
- 2 biji tomato -dadu
- 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu kecil serbuk jintan manis (fennel)
- 1/2 sudu kecil serbuk garam masala
- 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
- 1/2 sudu kecil serbuk cili
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- 1/2 sudu kecil lada hitam - tumbuk halus sikit
- minyak untuk menumis secukupnya
- garam, gula secukup rasa & aji jika suka
- sedikit daun ketumbar cincang
1. Cuci ayam dan toskan.
2. Panaskan minyak secukupnya, masukkan bawang besar, tumis hingga bawang sedikit layu, tapi bukan perang ye, kemudian masukkan bahan tumbuk dan tomato dan masak biar bahan rencah separuh lembut.
3. Masukkan ayam, sebatikan dengan bahan rencah dan biar ayam turun airnya.
4. Masukkan semua bahan rempah serbuk, kacau sebati biar bersalut dengan ayam dan masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala.
5. Masukkan sedikit air (dalam 1 cawan ke, jangan banyak sebab masakan ni tak berkuah sangat), garam, gula secukup rasa dan masak sambil dikacau sekali sekala hingga bahan rencah hancur sepenuhnya, kuah pekat dan ayam lembut.
6. Bila dah masak tabur sedikit daun ketumbar, sedap dihidang bersama roti atau nasi biryani.
ni yg mkn kat kedai pakisatn tu, kami oder mutton karahi..memang kena la cicah dgn roti tu..bawang besar tu sbgai ulam..arab ke, india, pakistan pun sama, kuat mkn bawang mentah..
Resepi hmpir sama ngn kt blog kite la...
ReplyDeleteSedap ni..kite suka kuah pekat² camni
sedapnya...
ReplyDeletesedapnya chicken karahi..
ReplyDelete