Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, October 13, 2015

Cream Puff With Custard Cream

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma ajirni minan nar'..apa kbar semua, semoga sentiasa dlm rahmat dan hidayahNya..kejadian cream puff ni pun dh lama benar, gitu la dapur ni klu buat sesuatu tu selalunya mesti duk ulang buat sampai 2-3x dlu klu ada permintaan dri anak dan suami, sblum ni pun dh ada updated cream puff dgn kastard cream ni..memang sedapp la, pas sbjik2 nk masuk mulut..klu anak bongsu tgk ni sure dia mintak..adik afiq susah mkn kuih2 ni, klu karipap pun kena buat khas utknya yg xde inti..cream puff ni dia suka la plak..mohon maaf andai ada kesilapan dimana-mana..sama2 kita jadikan amalan harian doa kat atas tu, baca 7x lepas solat subuh dan maghrib, sunnah Rasulullah saw, semoga Allah swt pelihara kita dari azab api neraka..Inysaa Allah semoga jumpa lagi..

Cream Puff With Custard Cream by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 95g tepung gandum 
  • 2 1/4 sudu kecil baking powder
  • 2 biji telur - suhu bilik
  • 75g mentega tanpa garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 188ml air
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • sedikit garam - abaikan jika guna mentega biasa
Cara

1. Sebatikan tepung, baking powder dan garam.
2. Dalam periuk (kalau boleh guna periuk non-stick) satukan air, mentega dan gula, masak hingga mendidih.
3. Masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu sampai jadi doh yang licin dan tidak melekat diperiuk, teruskan kacau dengan api perlahan selama 2-3 minit.
4. Padamkan api, masukkan dalam mangkuk yang sesuai dan sejukkan dulu.
5. Kemudian masukkan vanilla dan telur satu persatu sambil diputar biar sebati.
6. Masukkan nozel besar bentuk bintang dalam paiping bag, masukkan adunan tadi, paip pusing 2x atas loyang yang telah dialas dengan kertas baking, jarakkan 1 inci.
7. Sembur dengan sedikit air dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu selama 10 minit dengan suhu 200 C selama 20-25 minit atau hingga masak/perang.
8. Sejukkan sepenuhnya dan gunting ditengahnya, boleh la diisi dengan kastard krim.

Kastard Krim
  • 200ml whipping cream - maz guna yg UHT, puas cari tak jumpa yg non dairy kat sini
  • 1/3 cawan gula halus
  • 1 cawan susu segar *
  • 3 sudu besar tepung kastard *
  • 4 sudu besar gula *
  • sedikit garam *
  • sedikit essen vanilla
Cara 

1. Sebatikan semua bahan bertanda *, kemudian masak atas api sederhana sambil dikacau selalu hingga pekat, sejukkan sepenuhnya.
2. Dalam bekas yang kering, putar whip cream, gula dan vanilla hingga kental, kemudian masukkan kastard yang dah sejuk tadi dan sebatikan.
3. Masukkan dalam paiping bag dan sedia untuk digunakan sebagai inti, boleh juga simpan dalam peti dulu sebelum guna agar krim sedikit kental.

filling tu patutnya warna kuning cair, tpi gitu la klu jurufoto yg pro amik gambar..xtahu mcmana bleh jdi warna putih lak..dh 3-4x duk buat guna respi ni, lepas last dgn yg ni lama dh la jgk xbuat, 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...