Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, October 14, 2015

Gulai Kuning Udang

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar'..salam Maal Hijriah 1437, bln Muharram adalah bln pertama dalam kalendar Islam (Hijrah) dan salah satu dari bulan-bulan Haram, selain bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Rejab..dlm bln Muharram jgk disunatkan pada kita utk berpuasa pada 9 dan 10 Muharram..maaf la ye klu gaya lauk kat dapur ni sama je, xde yg special mana..klu udang atau ketam memang kena masak jenis berkuah gitu, klu kering tu umat kat rumah ni kurang sikit..teringin jgk nk goreng bersarang mcm ni, tpi bila pkir anak xberapa minat, kiv la dlu niat tu, gmbar lelama pun bnyk jgk dah yg deleted yg mna dh acap kali updated sblum ni, jdi npak surut la skit folder tu..Insyaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas segala khilaf..

Gulai Kuning Udang by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 8 ekor udang saiz XL
  • 2 cawan santan
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci kunyit @ boleh guna serbuk kunyit *
  • 1/2 inci lengkuas, hiris nipis *
  • 2-3 biji cili padi merah *
  • 1 keping asam gelugur
  • 2-3 batang kacang panjang
  • garam, gula secukup rasa & aji jika suka
Cara

1. Kisar lumat semua bahan bertanda * dengan sedikit air.
2. Dalam periuk satukan semua bahan kecuali udang, masak hingga mendidih sambil dikacau selalu.
3. Masukkan garam, gula secukup rasa dan aji jika guna, masukkan udang dan masak sekejap dalam 5-6 minit biar udang masak.

ada jgk terasa nk buat nasi biryani udang, tapi bila tnya anak kata xnk..maz pun xpernah mkn lgi biryani udg ni, rasanya kena try buat la skli kan..ni asik masak cara sama je..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...