Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, October 12, 2015

Roti John Cheese

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..rasa mcm terlebih rajin la plak hri ni, sampai 3x mengupdated blog..sebenarnya hilang kesabaran dh, xsangup nk tgk deretan gambar tu! jdi sementara ada masa yg free ni masuk je la dlu apa yg bleh, lama jgk dh xbuat roti mr.john ni..kli ni buat versi letak cheese plak, banyk trend makanan yg berkeju sekarang ni kan..dgn fenomina pisang goreng kejunya, tpi sblum tu mcmana ye roti ni dpt nama, adakah org yg cipta resepi ni bernama John? utk inti tu bleh buat ikut citarasa..maz pun buat mudah2 je, cuma guna isi ayam dgn bawang..abangngah la yg mintak nk makan roti john ni, kebetulan ada stok cheese tu yg tabur je la atas tu..memang sedapp dan ngam la letak cheese..terima kasih sekli lagi pada yg sudi singgah dapur maya ni dan harap dapat dimaafkan kekurangan yg ada..Inysaa Allah jumpa lagi..

nk buat pun bknnya susah sangat kan, cuma nk mula tu..intinya bleh buat awal, bila terasa nk mkn tu tepek je la kat kuali..

Roti John Cheese by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kecil isi ayam - cincang halus @ kisar guna pengisar kering
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 1/2 sudu besar serbuk kari ayam - bancuh dengan sedikit air
  • 1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
  • gula garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
  • telur, bun panjang (bun hot dog) - belah tengah, maz guna bun butter, tu yang warna kuning
  • cheese secukupnya - mozarella/cheedar, maz guna mix cheese, beli yang dah siap campur
  • sedikit daun bawang/sup, kobis, sos cili, hirisan bawang besar dan mayonis
Cara

1. Panaskan dalam 1 sudu besar minyak masak, amik 1 sudu bawang besar cincang tadi dan tumis biar sedikit layu, kemudian masukkan serbuk kari.
2. Masukkan serbuk ketumbar dan tumis sekejap, masukkan isi ayam dan kacau biar sebati dengan rempah.
3. Masukkan sedikit air dan baki bawang cincang, masak biar isi ayam masak dan bawang sedikit layu.
4. Perasa secukup rasa dengan sedikit garam dan gula, padamkan api dan biar sejuk sepenuhnya.
5. Untuk buat roti john, pecahkan 2 biji telur dan masukkan inti secukupnya serta sedikit daun bawang/sup, kacau sebati.
6. Panaskan non stick pan, tuang 1 senduk inti dan buat bentuk empat segi biar padan dengan saiz bun yang diguna (kalau bun tu besar kena letak inti tu banyak la ye, kalau bun tu kecik cukup dengan 1 senduk).
7. Letak sedikit hirisan kobis dan bawang besar atasnya, tabur cheese secukupnya, tunggu hingga cheese cair dan inti masak, kemudian angkat kuali, guna senduk leper jenis non stick, tolak perlahan lapisan inti ke atas bun yang telah dibelah 2 tadi.
8. Picit sos cili dan mayonis secukupnya, lipat dan potong 2-3 bahagian, sedia untuk dihidang.

bleh dibuat sebagai hidangan petang bersama secawan kopi atau utk bekpes pun bleh, sekali skla tukar selera dgn cucur udang! tapi ni mcm biasa la klu menu ringkas gini buat utk alas perut mlm, ganti nasi..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...