Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, October 22, 2015

Chocolate Cupcakes With Vanilla Frosting

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma ajirni minan nar' (Ya Allah lindungi aku dari api neraka)..apa kbar semua, dri smlm lagi rasa beratnya nk update blog ni..bila tgk folder, adoiii! gambar makin bersusun2..klu hri biasa tu memang pagi ptg masak, rasa xde idea plak nk bercerita pagi ni..Insyaa Allah semoga jumpa lagi, selamat berpuasa pada yg puasa sunat awal Muharam hari ni..sama2 kita amalkan doa kat atas, baca 7x selepas solat subuh dan maghrib sbelum bergerak dari sejadah, sunnah Rasulullah saw..terima kasih sekali lagi pada yg sudi singgah dapur maya ni, harap dimaafkan atas segala khilaf..

kat dapur ni asik duk buat kek coklat je, frosting tu teksturenya sedikit kasar sbb xde stok whip cream..tpi maz suka la plak bila keras sikit gitu, mkn bnyk pun takpe..xmuat..sedappp plak bagi tekak ni..pasni klu buat swiss roll bleh gunu filling ni..

Chocolate Cupcakes With Vanilla Frosting by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 1/4 cawan allpurpose flour/tepung gandum *
  • 1/2 cawan serbuk koko *
  • 3/4 sudu kecil soda baikarbonat *
  • 1/4 sudu kecil garam * 
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1/3 cawan minyak sayur
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 3/4 cawan buttermilk (susu segar+1 sudu kecil jus lemon, sebatikan dan biar sekejap)
Vanilla Frosting
Resipi : sallysbaking
  • 1 cawan mentega tanpa garam (unsalted) - suhu bilik
  • 4-5 cawan gula aising
  • 1/4 cawan whipping cream (xde stok whip cream, ganti dengan 2 sudu besar susu segar, teksturnya sedikit kasar, tapi tekak ni suka la plak..boleh buat filling utk swiss roll)
  • 2 sudu kecil vailla
  • secubit garam
Cara

1. Panaskan oven 170 C, sediakan cawan kertas, kalau guna cawan kerats yang jenis lembik susun dalam loyang muffin.
2. Satukan semua bahan bertanda *, dalam bekas lain putar gula, minyak, telur dan vanilla.
3. Masukkan bahan kering dalam no 2 diselang seli dengan buttermilk dan diakhiri dengan bahan kering, putar hingga sebati.
4. Isi 1/2 cawan dan bakar selama 18-20 minit atau bergantung pada oven masing-masing.
5. Bila dah sejuk, paipkan aising atasnya atau boleh la dihias ikut citarasa.
6. Untuk buat aising, putar mentega hingga berkrim, kemudian masukkan 4 cawan dulu gula, vanilla dan whip cream,  putar dengan kelajuan tinggi hingga sebati dan berkrim, kalau masih lembik boleh tambah gula sikit lagi.

gandingan yg memang serasi, biasa la kat rumah ni klu kek jenis gini semua sukaa..mkn sambil hangut kepala, sedapp la tu..separuh maz bagi pada Sheikh yg mengajar tawjid kami..

4 comments:

  1. assalamualaikum ...sedapnya tengok cupcakes..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..skli skala dpt mkn cc gini memang sedapp kan..

      Delete
  2. salam kak...
    semalam saya dh try resepi nie..mmg menjadi la..teksturnya lembap & manis pun secukup rasa..terima kasih sbb sharekan resepi nie..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..Alhamdulillah..semoga dpt dimanafaat bersama, nk buat pun mudah je kan..terima kasih syida sudi singgah dpur kecik kmaz..salam ukhuwah dri kmaz..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...