Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, October 18, 2015

Kerabu Mangga

Assalamualaikum w.b.t..'La ḥawla wa laquwwata illa billah' (tiada daya upaya melainkan padaNya jua la tempat berserah)..skli sekala ada jgk duk buat kerabu mangga ni klu jumpa manga yg sesuai, cuma jarang update kat sni..mungkin buat time duk bertapa dlu..ni pun gambar hjung bln 4 lgik, ishhh! apa la peram lama benar deh..guna mangga lemak siam yg masih putik tu lagi sedap buat kerabu ni atau pun mangga epal, ni maz guna mangga muda india je..tu pun susah nk dapat yg elok, ada je kat pasaraya tu, tpi dh lembik wpun putik..dri dlu klu buat kerabu mangga ni perencahnya guna ikan bilis goreng yg ditumbuk halus, pastu gaul dengan mangga tu..amik idea dri kerabu mangga nasi ayam bukit bintang yg pemes tu..dedulu rajin jgk duk prgi mkn nasi ayam kat situ, suka lauk hati ayam rebusnya dan kerabu manga dh pasti la..tpi skrang ni dh bertahun la xsampai sana..

Kerabu Mangga by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 biji mangga muda ,sagat panjang - elok guna mangga epal @ mangga lemak siam
  • 5-6 ulas bawang merah - hiris nipis
  • 3 biji cili padai merah - dihiris
  • 3 biji cili padi hijau - dihiris
  • segengam ikan bilis belah tanpa kepala 
  • gula secukup rasa dan sedikit aji
Cara

1. Panaskan sedikit minyak dan goreng bilis biar sedikit garing, angkat dan toskan.
2. Tumbuk lumat ikan bilis goreng (tinggal sikit dalam sejemput, untuk tabur) bersama gula secukup rasa dan sedikit aji, garam tak perlu sebab bilis dah cukup rasa masin.
3. Dalam mangkuk satukan semua bahan dan gaul bersama bahan tumbuk biar sekata.
4. Tabur baki bilis goreng tadi dan sedia untuk dihidang.

kak long la yg suka sangat dgn kerabu mangga ni, msa blik msia hritu kerap jgk la duk oder kerabu mangga ni kat kedai tomyam dekat rumah tu..sedapp jgk kerabunya, masam-masam dan berair gitu..

2 comments:

  1. Salam. Saya Amir dari iluminasi.com. Mohon izin berkongsi sebahagian info dari blog puan dalam post ni ya. Kredit dan link kepada blog puan akan diberikan. Maklumbalas dari pihak puan adalah amat dihargai :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...