Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, October 6, 2015

Sup Ekor

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar'..hri ni dh lewat ptg baru brkesempatan nk kemas blog ni, skli sekala memang sedapp dpt hirup sup panas deh, biasanya klu buat sup memang akan guna ekor atau tulang rusuk..sedapp guna daging yg bertulang gituw, kat sni senang jgk stok ekor segar ni..kat pasar memang selalu ada, tpi klu pasaraya ada 1-2 je yg jualnya..rspi mcm biasa la, maz xminat sangat klu tumis..main lebur gitu je..tu pun berminyak jgk, klu buat sup gini telur dadar kira pasangan wajib ada la kan, 2 lauk tu pun dh ckup..lauk yg mudah dan cepat nk sedia..Inysaa Allah jumpa lagi dan mohon maaf atas segala khilaf..

Sup Ekor by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan
  • 1kg ekor lembu segar
  • 2 inci halia - ketuk
  • 2 ulas bwang putih - ketuk
  • 1 sup bunjut tulang
  • 1 labu wang besar - belah 8
  • 1 biji buah tomato - belah 6
  • 1 batang saleri - hiris serong
  • 1 biji asam limau
  • garam, gula secukup rasa & sedikit aji jika suka
  • sedikit daun sup/daun bawang/cili padi/bawang goreng
Cara

1. Cuci bersih ekor, toskan.
2. Dalam periuk tekanan, didihkan air bersama halia, bawang putih dan sup bunjut. (air tu jangan banyak sangat ye sebab guna periuk tekanan air tak kering, kalau banyak air nanti hilang rasa manis daging)
3. Masukkan ekor dan sedikit garam, tutup periuk tekanan dengan sempurna dan masak selama 50-60 minit dengan api perlahan, padamkan api dan buka periuk seperti arahan.
4. Kemudian masukkan saleri, masak balik dengan api sederhana sekadar layu, masukkan bawang besar dan perasa secukup rasa.
5. Padamkan api, masukkan tomato, perah limau, sebatikan dan suaikan secukup rasa.
6. Bila nak hidang tabur sedikit daun bawang/sup, bawang goreng dan cili padi.

lama dh jgk xbeli ekor atau tulang rusuk..wken lepas prgi psar beli daging je 1kg..sparuh dh buat masak singgang utk tghri ni..xsnap pun gmbarnya, mood xberapa nk rajin mna..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...