Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, October 13, 2014

Moroccan Stewed Anchovies

Assalamualaikum w.b.t...pestime merasa moroccan dish ni...wpun npak simple je...tpi sedapp dan memang kena dgn selera...ni semua penangan tgk Jenny Morris Cook Moroccan kat tv...pastu kbtulan msa prgi psar hritu bnyk la plak ikan bilis segar ni...trus la bli 1/2kg...maz memang suka mkn cicah2 gni...klu mkn kat restoran pun order yg mkn dgn rti gini...anak je mkn nasi...kat sni pun ada Moroccan restoran...tpi xpernah msuk...sbb hidangan utama org morocco ni cous-cous...xde nasi...jdi tu yg xberapa...tekak ni dh biasa nga nsi2 arab dan biryani...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Moroccan Stewed Anchovies by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 10 ekor Anchovies segar @ ikan yang sesuai
  • 1-2 biji ubi kentang - hiris nipis
  • 1 biji tomato - hiris nipis
  • 2-3 biji zucchini - hiris nipis
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1 biji cili hijau
  • sedikit serbuk jintan putih (cumin)
  • sedikit paprika
  • sedikit garam dan daun ketumbar

Cara

1. Cuci ikan bersih-bersih dan toskan.
2. Tuang 1 sudu besar minyak zaitun pada tajine. Kemudian susun ubi kentang, diikuti dengan tomato, zucchini. Tabur secubit garam, sedikit serbuk jintan putih dan paprika.
3. Kemudian baru letak ikan atas sayur tadi, susun pula lapisan ubi kentang, tomato, zucchini, garam dan jintan putih serta paprika.
4. Letak cili hijau ditengah dan tabor sedikit daun ketumbar. Tuang baki minyak zaitun dan tutup tajine. Masak dengan api perlahan selama 30-35 minit.(kalau takde tajine, masuk dalam bekas/casserole tahan panas, tutup dengan aluminium foil dan masak dalam oven.
5. Angkat dan boleh la dihidang bersama roti atau lebanese/flat bread (roti arab).

hidangan yg berkhsiat dan yg penting mudah sngat nk sedia...xpyah duk lama kat dpur kan...memang sedapp...licin...tngal tulang ikan je...xprlu letak air cukup dgn jus dri syur dan ikan...

2 comments:

  1. Assalam Maz, jumpa kat blog pulak ya, selama ni kat fb je, akk follow sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo kak pun ada blog jgk ye...maaf la kita ni bru nk hidup blik...brblog pun sorang dri je...xde buat blog working apa...mksih ye kak sdi singgah...Inysaa Allah nti kita buat knjung bls...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...