Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, August 14, 2014

Kari Kepala Ikan @ Ikan Sherry

Assalamualaikum w.b.t...lauk yg slalu dh dimasak...ikan sherry ni bleh kira ikan pemes la kat sni...sbb ikan yg selalu ada dijual samada kat pasar atau pun pasaraya...dan ikan ni la yg slalu beli pun klu g psar tu...ikan2 lain tu bnyk yg xberapa kenal dan tak berkenan...ikan ni ada yg saiz sederhana dan ada yg saiz memang besarrr...sampai 10kg lebih pun ada 1 ekor...tpi yg biasa duk beli saiz sedan2 ni je...ikan ni boleh dimasak apa saja...gulai, goreng, bakar pun smua sedapp...isinya mcm isi ikan merah gituw...kat msia xthu la apa nama ikan ni...semoga jumpa lgi...Insyaa Allah dan mohon maaf andai ada kekurangan dimana2...

Kari Kepala Ikan by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan saiz sederhana besar- maz guna ikan sherry
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1/4 sudu kecil biji jintan manis (fennel seed) *
  • 1/4 sudu kecil halba campur
  • 2-3  sudu besar serbuk kari ikan + sedikit air jadikan paste
  • 1/2 sudu kecil serbuk garam masala
  • 2-3 cawan santan
  • 1 biji buah tomato
  • 10 biji kacang bendi
  • 1 tangkai daun kari
  • rempah 4 sekawan serba 1 (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga)
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit daun ketumbar - cincang
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Cara

1. Potong ikan dan cuci bersih.
 
2. Tumbuk bahan bertanda *.
 
3. Panaskan minyak secukupnya, masukkan dulu halba campur dan biar sekejap. Kemudian masukkan bahan tumbuk, rempah 4 sekawan dan daun kari. Tumis sekejap.
 
4. Masukkan rempah garam masala, kacau seketika. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak dengan api perlahan dan tambah air sikit biar rempah masak lama sikit.
 
5. Kemudian masuk air asam jawa, kacau sebati. Masukkan ikan biar sebati dengan bahan rempah sekejap dan balikkan (jangan risau ikan tak hancur sebab isinya belum masak lagi) dan baru masukkan santan ( jangan banyak, nanti cair plak kuahnya) dan perasa secukup rasa.
 
6. Bila santan dah mendidih masukkan kacang bendi dan tomato. Masak sekejap saja cukup sekadar bendi layu.
 
7. Padamkan api dan tabur sedikit daun ketumbar jika suka.

klu tak gulai kuning kari la jwbnya...ni je gaya masak lauk kat rumah ni...klu lain dri biasa skit mula la tnya kicapp ada...huhuu...jdi tukang masak ni mask je ikut org yg mkn...wpun mnu sma je apa nk buat...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...